11 December 2009

akhawat meet the mentor!

Bismillahirrahmanirrahim.. perjalanan dimulakan setelah semua perkara diselesaikan, sahabat-sahabat yang dapat hadir telah dipastikan keadaan mereka. 115 Jalan Sempena 3, Taman Sempena,Senai tempat yang kami akan berkumpul. Destinasi yang dituju semakin hampir apabila berjumpa dengan signboard.
Baru ana tau dah ada lebuhraya Senai-Desaru. Sudah boleh digunakan. Mungkin sebab tak pernah lalu sini kalau nak balik kampung.
Selekoh ni mengimbau kenangan silam. Siapa yang zaman dulu-dulu naik bas mesti ingat,kan? Bas Pak Din dan Sabar yang ana tau akan lalu sini. Dah besar rupanya kita..

Econsave pun ada? Tak pernah tau kewujudannya.

Ralit memerhati sekeliling.. Tiba-tiba sampai dekat sini. Umi tersalah jalan. Tersesat pulak
Kami patah balik jalan yang sama
Dan Alhamdulillah tibalah jua di destinasi. Rumah Mak Cik Adiba, zaujah Pak Cik Zamani.
Tidak lama kemudian rombongan ke-2 tiba. Zainab Salim pun ikut serta. Peserta R2J3 dah berkenalan dengan dia sebab dia juga salah seorang peserta.

Jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Kami bertaaruuf dan berbual-bual biasa dahulu. Biarpun pada mulanya kelihatan agak kekok dan malu-malu, namun semua dapat meneruskan perbincangan. Tidak berapa lama (agak lama sebenarnya) tibalah rombongan ke-3. Maka lengkaplah jumlah kami yang dapat hadir iaitu 7 orang. Ana, Muna, Zainab, Sakinah Pauzi, Sakeenah Salleh dan si kembar Afifah dan Atikah. Majlis dibuka, buku diedar dan bicara dimulakan. Mak cik memilih tajuk "Mu'min Profesional" berdasarkan tajuk buku solusi isu 13.

Kami buka halaman 14 dan penerangan dilakukan satu per satu.


Sedang asyik berbincang, Ustazah Jamilah a.k.a mama pun tiba. Tersengih kami melihat kedatangan ustazah. Gembira!

Si kembar khusyu' mendengar


Dapat ole-ole dari UK!

Pemiliknya yang bertudung purple.. Jazakillah ye..

Setelah perbincangan tamat, sesi soal jawab dibuka. Keluarlah dua persoalan yang lebih menjurus kepada daie profesional. Pertamanya mengenai masalah 'couple' dan keduanya mengenai bagaimana cara sepatutnya yang dilakukan jika kita menjadi 'middleman' atau menjadi orang yang dilamar. Kupasan dibuat dan tepat jam 5.00 petang kami berhenti dan menutup majlis.

Mak Cik sediakan minum petang untuk kami. Susah-susah je..
Jemput lah..
Waktu makanlah paling semangat bercerita. Muna dan Nina seronok berbual dengan Ustazah Jamilah.

Kenangan Liqa' pertama akhawat. Harap akan diteruskan lagi. Mak Cik kata "Kali ni jadi macam perjumpaan sakinah pula.." Sebab ada 3 sakinah. Lagi seorang anak mak cik yang bertudung merah. Kak sakinah baru habis STAM di Hidayah Ipoh. Sekarang tengah tunggu keputusan.

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Rombongan yang ke-3 balik dulu. Terbalik pulak..
Kami bersalam-salaman..


Sempat lagi bergambar sebelum balik..

Jumpa dengan Ustazah Zanariah. Teringat zaman SPM. Math yang dah lama ana tinggalkan..
Silau pulak.. Ustazah kata nuur iman..

Ala-ala reunion, ustazah jamilah jumpa dengan ustazah zanariah

Kemudiannya Zainab pula balik. Tinggallah ana dan Muna..
Setelah kami menunaikan solat Asar berjemaah, kami pula berangkat pergi. Sungguh indahnya satu pertemuan. Baru sekejap tapi dah boleh mesra dengan mak cik. Terima kasih kepada anak-anak mak cik:



iffah yang comel
Ana menggalakkan antum membeli majalah solusi. Perbincangan kami juga berkisar di situ. Jadi kalau inginkan pengisian yang sama, belilah. Takkan rugi.. Ana sedang dalam proses mengumpul semua isu. Jangan pandang pada harga tapi pandang pada isinya..
Mohon maaf atas segala kekurangan. Kalau ada yang tersalah harap dibetulkan. Penerusan akan dilakukan selepas ini, bergantung kepada siapa yang ada di JB. Jangan diamkan diri pula..
Araakum 'alal khair, wassalam..

p/s: semua gambar telah di'resize'. boleh buka microsoft office picture manager untuk besarkan. saiz sebenar 2560x1920. siapa2 akhawat yang nak gmbr boleh minta pd ana..maaf gambar ada yg blur

7 comments:

Sarah ZainalPuteh said...

salam.
faizah.xnal kongsi hasil kupasan couple n middleman tu?
teringin juga nak tahu..

theSPREADER said...

wsalam. boleh aje.. tapi lebih kepada perspektif akhawat. nanti ana mailkan insya Allah

bikrunnajah said...

t'lepas lg...huh...npe jannah x join??bukn die ade kt jb ke skrg??

hjg mggu dpn ana final, mnta doa antum supaya dip'mudhkn sbb rsenye sem ni pointer ana jatuh...huhu..

insyaAllah 24hb ana balik jb...jannah, jom jumpe!! spe lg nk join??jom!!

JR said...

salam.

perspektif akhawat takleh share sini ea? kalau kat YG? ke mmg kena mintak personal nak?

nadiah,,,takde rezeki kita jumpa ye..hmm..
ana time ni di kuala lumpur, bercuti dengan mak. komitmen lebih sikit. next weeknya ana dah ade kem tahfiz, time tu dah tak sempat balik kl, pastu dah stat sem 3 dq.

so sminggu dgn, abi, dn smnggu lg dgn umi.yp kurg sbnrnye, sbb ade prob skit kat jb.

begitulah ceritanya...

bittaufiq wannajah ye,utk imtihan..
saat kkalahan tu bkn dikala kita jatuh, tp apabila kita tak bgn semula stlh jatuh..wee~utk ana jugak!

wassalam..

JR said...

*personal kalau nak

*yp tu mansuhkn.

Abdullah Munir said...

"Dalam setiap perjuangan itu ada masa meningkat,ada masa menurun. Kekalahan itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah dan kemenangan itu bermula apabila kita merasai tidak kalah."

[SQ]

institusi labah labah said...

bukan apa, tapi cadbury ada lemak babi.

Related Posts with Thumbnails