AKU XX, ENGKAU XY
Kita takkan pernah sama
Baik sekepala, mahupun satu rasa.
Apatah lagi untuk punya satu hati, satu jiwa.
Sebab sudah terbukti kita telah berbeza dari segi jenis kromosom nya
Aku XX manakala engkau XY.
Masakan kita boleh sama?
Aku dikatakan kuno,
Hanya kerana diriku mempertahankan apa yang kufahami dari agama aku.
Aku diperlakukan olehmu seolah-olah aku sudah ketinggalan zaman,
hanya semata apa yang aku perjuangkan selama ini.
Engkau katakan aku tidak matang, perlakuanku seperti anak kecil,
hanya kerana bila aku tidak mahu menuruti kemahuanmu.
Aku diperkatakan oleh engkau sebagai seorang perempuan yang berfikiran tertutup,
tidak 'world' dan kononnya aku ini perempuan berlagak baik
kononnya aku ini 'jual mahal'
Namun, aku tidak akan boleh menghalangmu dari berfikiran sebegitu,
kerana ku tahu engkau mungkin tidak tahu
kerana aku tahu engkau mungkin belum faham.
Aku mahu engkau ketahui tentang keadaan diriku
Diriku telah dididik oleh Tuhanku dengan pendidikan tak terkira hebatnya
Diriku yang telah dijaga seperti menatang minyak yang penuh oleh emak dan ayah,
ditarbiyah oleh para guru tercinta
supaya menjaga maruahku
Supaya memelihara kehormatan diriku.
Supaya aku dapat menjadi wanita yang tegas dalam mempertahankan prinsipnya
Prinsip tetap prinsip
Syariat tetap syariat
Bahawa lelaki dan perempuan itu takkan punya alasan untuk ada perkaitan
melainkan bila ada urusan, melainkan keadaan sangat-sangat darurat
melainkan keadaan sangat-sangat memerlukan untuk kita berhubungan.
Antara aku dan engkau, tidak akan punya ikatan
takkan boleh ada hubungan antara hati-hati
melainkan bila takdir Tuhan menetapkan bahawa kita bakal disatukan.
Benar, hanya itu yang benar-benar halal
buat diriku dan dirimu jua.
Oh ya, aku telah lama menetapkan bahawa antara kita punya jurang yang sangat luas
antara kita punya hijab fizikal yang sudah aku tanam sejak sekian lama
Dan bila ku dapati hijab luaran ini semakin teguh berdiri,
maka hatiku juga sudah terhijab dengan sendirinya
Benar, hatiku telah terhijab agar tidak punya sebarang hubungan dengan dirimu
Kerana aku sudah faham,
maka ku harap suatu hari nanti engkau dapat memahaminya juga
Kerana aku mahu mencintai Dia dahulu, utamakan Dia dahulu
Kerana aku lebih mahu mendahulukan Tuhanku melebihi yang lain.
p.s: Semua ini adalah untuk cik XX(baca=CIK bukan ENCIK) Sila tabahkan hati. Sila jadi kuat dalam mempertahankan prinsipmu.
dicopy-paste dari sister Cairo;
http://fathiyyah.blogspot.com/2009/12/aku-xx-engkau-xy.html
_____________________________________
Pesanan daripada roomate saya bila selesai dengar saya bacakan post ini padanya:
kalau ada orang yang tawarkan pada kita,"saya nak couple dengan awak"
apa kita nak cakap eh?
kuatkan diri,tekadkan prinsip.
"mana boleh saya halalkan apa yang Allah haramkan"
good idea :)
2 comments:
nampaknya doktor wani kita sudah bersuara...
"Aku XX manakala engkau XY.
Masakan kita boleh sama?"
haha...
suke pesanan yg terakhir
anyway nice blog
Post a Comment