26 October 2010

Melaka Memanggil [konsert+prog akhawat]



Assalamualaikum kakak2 dan abang2 Xgen yang dirahmati Allah.
Nama saya Aliya. Saya orang Muo. eh, sebenarnya bukan nak cakap pasal saya.
saya nak tolong promote je. Semoga akak2 dan abang2 baik2 belaka ya...
sila baca dibawah. saya x reti baca lagi.. so tak dapat den nak nolong akak2 dan abang2 baca 
wassalam.




klik untuk besar punyaaa version
Jom ramai-ramai datang!
Bagi yang berminat, sila contact cik Nadiah Mokri. (seperti termaktub dalam poster)


Bagi akhawat,
insyaAllah ada aktiviti tambahan.
Sempena Melaka Maju 2010 ni.

Antaranya ialah:
+Rehlah di Bandar Hilir 
+Melaka River Cruise
+ prog lain2 (RS Melaka++)



Jemputlah beramai2. Ini juga antara program kecil2an buat akhawat Xgen. 
Tapi yang konsert tu, ikhwah dijemput juga.
bak kata sorang sahabat kita, release2 tension dulu sbelum masuk study week :)


Moga program ini menjadikan ukhwah kita bertambah erat dan hati kita bertaut kernaNya.
apa2 problemo, contact ana(Nawal)


wassalam.

25 October 2010

X-RS 2


Bismillah

20.10.2010


This is XGen at Raudhatus Sakinah.
Another step to share.
A beautiful moment with beautiful people.



Ice breaking. Starting the day with merriment.

..Dam Dam Dara..


Farhana was preparing her presentation, the first talk slot for the day. She has not been presenting for almost a year, this slot made her heart raced fast enough.

But she turned out to be the most humorous speaker!
With the best body language, and the best real-life experience! (ehem..)

But her nervousness couldn't beat my cold hand. Right?


The last minute backdrop.
"Agar bidadari cemburu padamu."

at the end of the day, it became,
"Agar bidadari cemburu padaKU."

yeah.


In the making of 'Botol Keazaman'
(now you got the name eyh, Faizah?)


***


Not much to share, and I found it so hard for me to post this so-simple post +.+ If you are interested to know what had happened behind the scene, click here. And to highlight, it was my fault.

There is not much picture for every slot, since the camera ran out of battery at the very last minute. And as we enjoyed the moment so much, we forgot to snap using our camera phone.

This time, the people were new, than the ones we met at X-RS 1 last time. So it was still felt like the first time, with anxiety of acceptance. But as usual, the love blossomed when the end was near.. but we still need to go, hoping to come another time to meet the same people.

What I learnt, we are not much different than them. Well, at least, for me, who can still be considered as 'new' in tarbiyah, and still struggling to leave behind the old sins. They are in total 'hidayah' state, for 13 months, to discover everything about changing oneself, that's a priceless bonus to them. While we are in the midst of our student life, striving for something more 'worldly', except for those who realize.

Beyond our discernment, every one of us, is given the same opportunity to enjoy the pleasure of having Hidayah. It is just that it approaches everyone in a totally different, unique, and unexpected yet remarkable way. The one who succeed is the one who realize that God is actually knocking his heart, throughout either hardship or prosperity.


Each second counts. Realize that He is always there.


Wallahua'alam.




24 October 2010

kami di RS

bismillah..


Nampaknya program kali ini bukan Xgen sahaja yang terlibat

Kami menjemput sekali adik-adik g11 yang berkelapangan untuk turun padang.
Satunya, sebab tak confident, lagi-lagi dengan sarah yang on off.
Keduanya, dah lama tak buat program membuatkan kami macam kurang idea.

Ana sebenarnya minta jannah yang post. Sebab ada sesuatu yang terjadi waktu kami di sana. Rasa macam dah ada yang tahu :)
Banyak yang kami dapat, sangat terharu.
Awal-awal pengenalan bila kami cakap program insya Allah sampai malam.. Terus mereka tanya, "akak-akak bermalam di sini tak?" Kami cakap, "tak bawa bajula.." mereka dengan semangatnya jawab "tak pe, pinjam baju kitorang.."


Bermula dengan sesi ice breaking yang pada awalnya nampak juga muka-muka kurang senang.
Mungkin sebab mereka diberitahu lambat tentang kedatangan kami, mood pun kurang stabil.
Adik-adik g11 yang aturkan, dengan bantuan modul dari sarah. Jazakillah ye ukht, sibuk-sibuk nt sempat lagi datang rumah ana nak bagi modul. :)
Mereka mula ceria setelah sesi 1 tamat dan disambung slot 2 dengan tema kami, "Agar bidadari cemburu padamu.."
Penyampaian awal-awal farhana yang bagi dan bergilir dengan ana agar penyampain lebih menarik. Terharu melihat ada yang mengalirkan air mata bila ada part yang menyentuh hati. Kami pun turut terkesan dengan modul ini. Siapa-siapa yang nak, boleh minta ye.


Slot 3 mula lepas zuhur, g11 yang pegang dengan membawa mesej berkaitan ukhwah. Sarah baru je sampai waktu ni  disebabkan kekangan lain. Kami tengok cerita c u d IPT dan beberapa video lain. Waktu ini agak kritikal sebab sesuatu terjadi. Yang penting kenangan manis,kan? Slot 4 sebelah petang, riadhah ringan untuk mengeratkan lagi ukhwah. Kami bagi sarah yang handle. Gembira riang ria!


Usai berjemaah maghrib, slot 4 yang dipegang jannah bermula. Credit to jannah! Ana memang suka slot ni. Satu tazkirah yang membawa kepada mengenal diri untuk mengenal Pencipta dengan tajuk "Taaruf diri mengenal pencipta." Selepas itu nyah jahiliah dengan menyuruh mereka tulis segala perkara yang mereka janjikan dengan Allah. Hanya mereka dengan Allah, kami tak baca. Air mata keinsafan mengalir. Moga mereka diberi kekuatan~
 
Akhir sekali kami meninggalkan mereka dengan slot membuat botol keazaman. Botol kaca yang telah  mereka bersihkan dilukis tentang cita-cita dan bayangan masa hadapan dan dilengkapkan dengan kata-kata yang kami kumpulkan sebagai panduan dan pembakar semangat mereka. 3 orang terpilih dapat hadiah buku bila mereka bentangkan tentang botol mereka. Fungsi botol tersebut, setiap hari mereka akan tuliskan apa perubahan yang ingin dilakukan dan masukkan dalam botol. Bermakna, makin penuh botol mereka menjadi semakin baik..


Seronok,bertuah dapat berjumpa mereka.. Kami jadi macam artis pulak bila dah penutup tu. Masing-masing bagi buku untuk kami coretkan sedikit pengenalan dan kata-kata. Yang penting,kami tinggalkan contact no dan email agar dapat mereka rujuk bila mereka keluar nanti.Alhamdulillah, selesai sudah.. Masing-masing memasang azam "aku ingin menjadi bidadari" :)


Maklumat lain akan ditambah oleh jannah,dengan gambar dan sebagainya. Insya Allah akan datang kita buat lagi. We are not just learn and share, we are spreading~ right? :)
Dedikasi buat:
Ukht Jannah
Ukht Farhana
Ukht Sarah(nak jugak datang walaupun terpaksa **** kelas) hee
Ukht Maryam Rufaidah
Ukht Najihah Md Nor
Ukht Farah Farhana
Ukht Nadhirah Rizuan
Ukht Aisyah Ishak
Ukht Amirah Pauzi (adeq,bile plak? )


Dan semua yang membantu dalam proses untuk menjayakan program ini.
Jazakumullahu khair~ 
Allahu yubaariku fiikum :)






18 October 2010

bedah ayat

bismillahirrahmanirrahim..
masih ada beberapa minit sebelum bertukar tarikh untuk ana menulis.
Insya Allah sedikit perkongsian ilmu yang ana dapat ketika mengikuti kelas Bahasa Arab
bersama seorang ustaz dari Suddan, Ustaz Husin Mohd Ghamil.
Faktor tarikan yang kuat untuk ana bersemangat ke kelas Arab walaupun tiada credit dalam exam :)
Sebab bila mula pelajaran baru, akan ada ayat Al-Quran atau hadith yang akan dibedah (ikut buku teks),
sangat seronok mendengar penjelasan ustaz..

Mari kita lihat Surah Al-Baqarah ayat 30. Ana rasa semua orang hafal ayat ni, kerana ayat hujah yang selalu digunakan.
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٣٠

Ketika ayat "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi" , situasi yang berlaku di sini ialah Allah memberitahu para malaikat bukan dengan tujuan untuk bertanya pendapat atau bersyura. Mana mungkin TUHAN hendak memutuskan sesuatu perkara dengan meminta pandangan dari HAMBA. Kerana kuasa mutlak ada pada tangan yang menciptakan hamba-hamba. Hanyalah sekadar pemberitahuan kepada para malaikat.

Lalu malaikat menjawab "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan)". Pastinya jawapan ini bukanlah kerana keingkaran malaikat untuk perkara yang ingin Allah jadikan selepas itu. Jawapan ini juga tercetus kerana sebelum makhluk bernama manusia dijadikan khalifah, tampuk itu suatu masa dahulu telah disandang oleh golongan Jin. Para malaikat menjawab kenyataan Allah berdasarkan pengalaman, bukan kerana mereka mengetahui apa yang bakal terjadi. Situasi pertumpahan darah tersebut juga telah dilakukan golongan ini, menyebabkan tercetusnya kerisauan dalam kalangan para malaikat.

Ketika ini ana terfikir, bumi ini sudah sangat lama.. Kalau pemerintahan pernah dilalui oleh golongan Jin, adakah mereka turut melalui fasa kiamat dahulu sebelum Allah ciptakan manusia?
Bagaimana cara mereka dilucutkan jawatan, wallahu'alam... Namun apa yang pasti, zaman sebelum Nabi Muhammad Allah akan menurunkan bala secara langsung. Bayangkan betapa dahsyat golongan yang engkar Allah azab, apatah lagi golongan Jin yang terlepas dari jawatan khalifah ini..

Setelah itu malaikat menyambung"padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" . Para malaikat bermaksud, apakah ketaatan kami yang tidak berbelah bahagi ini tidak cukup untuk menggantikan ciptaan Allah yang bakal menumpahkan darah? Allah menjawab "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." Satu penyataan tegas dari Allah yang memiliki kuasa mutlak. Maka para malaikat akur dan patuh, terus sahaja melaksanakan tugasan mereka.

Kenapa Allah memberi kata putus sebegini? Allah telah membekalkan manusia aqal dan nafsu, sedangkan para malaikat tidak dibekalkan dengan nafsu. Allah lebih mengetahui apa yang akan terjadi sekiranya para malaikat ini turut dibekalkan dengan apa yang diberi kepada manusia. Kerana itu,manusia yang mampu mengawal nafsunya dan beribadah dengan ketaatan kepada Allah darjatnya lebih tinggi daripada para malaikat. Subhanallah.. moga kita tergolong dalam kalangan ini.

Sekadar ini sahaja, andai ada tambahan atau ada kenyataan yang tersalah mohon diperbetulkan..

p/s:Tulis punya tulis, tup-tup tarikh dah bertukar.. Ingatkan sempat ikut tarikh. Maaf ye.. cpu ini agak problem~ =.='

.

14 October 2010

if

if tomorrow never comes
are we ready?
let us be prepared.anytime.anywhere

06 October 2010

SOTOISME


Assalamualaikum w.b.t

Tajuknya cukup menarik,mungkin ada kisah istimewa disebaliknya.



Kalau nak ikutkan hari ni hari terakhir syawal,mmg agak lama kisah ni terpendam sampai tarikh berlaku pun dah lupa.terpaksa meminta tolong sahabat lain untuk ingat balik tarikh ni.syukurlah ingat,kalau tak susah jugak nak menulis journal ni.

Post ini merupakan sebuah coretan perjalanan ikhwah sempena raya aid fitri baru2 ini. peristiwa berlaku pd hari khamis bersamaan 16 sept 2010(hari malaysia) raya ke 7 x silap dgn tujuan nak merapatkan ukhuwwah yang terpisah kerana lokaliti dan masa cuti yg berbeza di IPT masing2.Bukan mudah rupanya nak mengumpulkan semua ahli x-gen ikhwah ni,mungkin sebab ramai tak join yahoo group kot.

ziarah aid ni targetnya dari pagi hingga ke petang,dan alhamdulilah ianya tercapai.walaupun ianya bermula agak lewat dr apa yang dirancang.rancangnya bermula jam 7.30 pagi,mmg awal,sbb nak ajar semua supaya tak tido lepas subuh.tp oklah lewat dari takde langsung.

Ziarah aid bermula di rumah Zubayr bin Zakaria,Tmn Teratai.time ni agak kelam sikit,sebab masih ada yg OTW dan baru bangun dari tidur(x berjaya).Jadi memang lama ah kat rumah zubayr ni kerana terpaksa menunggu yang lain untuk berkumpul.

at last


jemput2 makan,kat mesir kena wat sendiri.

no comment,tp nak tny skit ah.tang mana ana tgk dorang ni sama ah?

taufiq behave skit,fahim angkat 1 ah,duit scholar byk apa.

Lepas penat menunggu semua,akhirnya kami bertolak ke rumah Anas bin Norazlan,Tmn Sri Pulai.terima kasih kami ucapkan kepada keluarga zubayr,dr ayah dan mak dia sehingga ke adik2nya yang membantu liyana,raihana,a'ai ngan sorang lg tu.


dpn umah anas,with pro photographer

tnggu mahathir jap pastu kita masuk

hakeem join skali...


tngkp gmbr dgn org lama,mantop...

Selesai 2 umah,kami ucap terima kasih kpd mak ayah dan kakak2 anas.mula berangkat ke destinasi seterusnya.rumah Razif bin Ramalan,Tmn Sri pulai gak blkg umah anas.Dia ni sampai darjah 6 je di hidayah pastu hijrah ke mcm2 jenis sek.last skali graduate kat sek teknik JB.skrg kat UIA PJ,ambik architecture and environmental design (AED).Alhamdulilah masih contact ngan dia.next year msk gombak.


jln kaki sudah...


bdak medic,lah sangat



engkau bagai air yg jernih~(smpt lg nyanyi)


penat ke bang jln,ke kenyang sangat...


nilah razif tuan rumah,kemas meja dulu

sembang ngan fahim pasal archi kot

selesai,sopannya semua...(part ni ada motor lalu)




nah ambik,keluar rockers dia.

terima kasih kepada PCK Ramalan n family.Lepas dr umah razif ni ramai ikhwah yang pulang ke sarang masing2,nak bagi makan anak bini pulak.tinggallah beberapa orang yang teruskan perjalanan ke rumah Faizah Asuhaimi (jgn slh sangka) atas jemputan abang beliau Fahmi yg baru pulang dari mesir.Dan seterusnya melanjutkan perjalanan ke rumah mertua hafizul amin,pck norkhair.


ini lah fahmi,berbaju merah ya.yang sebelah tu bapak sape ntah.

mknn yg dihidangkan,byk sungguh

aqiqah rasanya,dgr citer kambingnya sedap.

ahli x-gen wat usrah sebentar,naqib acap.

Selesai sudah ziarah aid anjuran ikhwah x-gen pada tahun 2010 ni,smg setiap amal antum diganjari allah.terima kasih kepada yang sudi hadir bagi memeriahkan suasana yang gilang-gemilang ini.moga kita dapat berjumpa lg dimasa hadapan insyaallah.ana akhiri post kali ini dengan beberapa keping gambar yang sempat dinukilkan sewaktu beriftar di rumah akh ZAHID pd bulan ramadhan lepas.kiranya iftar x-gen jugalah ni.terima kasih kepada semua termasuk tuan rumah majlis iftar dan ziarah aid.semoga berjumpa lagi tahun hadapan.TERIMALAH....

irfan s yg senyum malu...

nasi maqluba (terbalik)

sarjan ZAHID,alhamdulilah ini yang hadir

amad dah x sabar,tp serius sedap.resepi Dr J dr UK

sembang2 wat kali terakhir sblm amad berangkat ke jordan.

:maaf kalau ada khilaf, kurang reti menulis.

04 October 2010

maintain

25
syawal.
masih punya momentum Ramadhan kah kita?
do maintain the spirit!

for me to remember. for you to ponder.
Related Posts with Thumbnails