18 October 2010

bedah ayat

bismillahirrahmanirrahim..
masih ada beberapa minit sebelum bertukar tarikh untuk ana menulis.
Insya Allah sedikit perkongsian ilmu yang ana dapat ketika mengikuti kelas Bahasa Arab
bersama seorang ustaz dari Suddan, Ustaz Husin Mohd Ghamil.
Faktor tarikan yang kuat untuk ana bersemangat ke kelas Arab walaupun tiada credit dalam exam :)
Sebab bila mula pelajaran baru, akan ada ayat Al-Quran atau hadith yang akan dibedah (ikut buku teks),
sangat seronok mendengar penjelasan ustaz..

Mari kita lihat Surah Al-Baqarah ayat 30. Ana rasa semua orang hafal ayat ni, kerana ayat hujah yang selalu digunakan.
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٣٠

Ketika ayat "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi" , situasi yang berlaku di sini ialah Allah memberitahu para malaikat bukan dengan tujuan untuk bertanya pendapat atau bersyura. Mana mungkin TUHAN hendak memutuskan sesuatu perkara dengan meminta pandangan dari HAMBA. Kerana kuasa mutlak ada pada tangan yang menciptakan hamba-hamba. Hanyalah sekadar pemberitahuan kepada para malaikat.

Lalu malaikat menjawab "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan)". Pastinya jawapan ini bukanlah kerana keingkaran malaikat untuk perkara yang ingin Allah jadikan selepas itu. Jawapan ini juga tercetus kerana sebelum makhluk bernama manusia dijadikan khalifah, tampuk itu suatu masa dahulu telah disandang oleh golongan Jin. Para malaikat menjawab kenyataan Allah berdasarkan pengalaman, bukan kerana mereka mengetahui apa yang bakal terjadi. Situasi pertumpahan darah tersebut juga telah dilakukan golongan ini, menyebabkan tercetusnya kerisauan dalam kalangan para malaikat.

Ketika ini ana terfikir, bumi ini sudah sangat lama.. Kalau pemerintahan pernah dilalui oleh golongan Jin, adakah mereka turut melalui fasa kiamat dahulu sebelum Allah ciptakan manusia?
Bagaimana cara mereka dilucutkan jawatan, wallahu'alam... Namun apa yang pasti, zaman sebelum Nabi Muhammad Allah akan menurunkan bala secara langsung. Bayangkan betapa dahsyat golongan yang engkar Allah azab, apatah lagi golongan Jin yang terlepas dari jawatan khalifah ini..

Setelah itu malaikat menyambung"padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" . Para malaikat bermaksud, apakah ketaatan kami yang tidak berbelah bahagi ini tidak cukup untuk menggantikan ciptaan Allah yang bakal menumpahkan darah? Allah menjawab "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." Satu penyataan tegas dari Allah yang memiliki kuasa mutlak. Maka para malaikat akur dan patuh, terus sahaja melaksanakan tugasan mereka.

Kenapa Allah memberi kata putus sebegini? Allah telah membekalkan manusia aqal dan nafsu, sedangkan para malaikat tidak dibekalkan dengan nafsu. Allah lebih mengetahui apa yang akan terjadi sekiranya para malaikat ini turut dibekalkan dengan apa yang diberi kepada manusia. Kerana itu,manusia yang mampu mengawal nafsunya dan beribadah dengan ketaatan kepada Allah darjatnya lebih tinggi daripada para malaikat. Subhanallah.. moga kita tergolong dalam kalangan ini.

Sekadar ini sahaja, andai ada tambahan atau ada kenyataan yang tersalah mohon diperbetulkan..

p/s:Tulis punya tulis, tup-tup tarikh dah bertukar.. Ingatkan sempat ikut tarikh. Maaf ye.. cpu ini agak problem~ =.='

.

8 comments:

+akufobia+ said...

wahh.koranga da jadual nak post kat sini ke.hee.

AmirSyafiq said...

ini.dh.fasa.kedua.dh.kot.

~amatullahdemalihah~ said...
This comment has been removed by the author.
~amatullahdemalihah~ said...

mabruk faizah!!!
pernah jgk naqibah ana sentuh ayat ni... tp kan walaupun ayat yg sama, mesti ada ilmu baru bru yg kita dpt... mmg ilmu Allah sgt luas...

~amatullahdemalihah~ said...
This comment has been removed by the author.
~amatullahdemalihah~ said...
This comment has been removed by the author.
Nur Jannah said...

Bacalah artikel ust Hasrizal; Adam-adam sebelum Adam. Juga berkisat tentang huraian adanya makhluk Allah sebelum Nabi Adam dilantik menjadi khalifah dan turun ke bumi.

Ilmu yang best! Pernah dengar ek faizah.. :)

theSPREADER said...

maryam: ayat yg sam ablh ditafsirkan dgn banyak cara. krn hikmah itu sntiasa ada, tggal nak cari atau x. jzkk, ana hanya kongsi bukan mencari.

jannah:hee..ye,jan. wktu usrah hr tu :)

erm..mcm pelik tgk byk komen diremove. xpe, x penting

Related Posts with Thumbnails