24 October 2010

kami di RS

bismillah..


Nampaknya program kali ini bukan Xgen sahaja yang terlibat

Kami menjemput sekali adik-adik g11 yang berkelapangan untuk turun padang.
Satunya, sebab tak confident, lagi-lagi dengan sarah yang on off.
Keduanya, dah lama tak buat program membuatkan kami macam kurang idea.

Ana sebenarnya minta jannah yang post. Sebab ada sesuatu yang terjadi waktu kami di sana. Rasa macam dah ada yang tahu :)
Banyak yang kami dapat, sangat terharu.
Awal-awal pengenalan bila kami cakap program insya Allah sampai malam.. Terus mereka tanya, "akak-akak bermalam di sini tak?" Kami cakap, "tak bawa bajula.." mereka dengan semangatnya jawab "tak pe, pinjam baju kitorang.."


Bermula dengan sesi ice breaking yang pada awalnya nampak juga muka-muka kurang senang.
Mungkin sebab mereka diberitahu lambat tentang kedatangan kami, mood pun kurang stabil.
Adik-adik g11 yang aturkan, dengan bantuan modul dari sarah. Jazakillah ye ukht, sibuk-sibuk nt sempat lagi datang rumah ana nak bagi modul. :)
Mereka mula ceria setelah sesi 1 tamat dan disambung slot 2 dengan tema kami, "Agar bidadari cemburu padamu.."
Penyampaian awal-awal farhana yang bagi dan bergilir dengan ana agar penyampain lebih menarik. Terharu melihat ada yang mengalirkan air mata bila ada part yang menyentuh hati. Kami pun turut terkesan dengan modul ini. Siapa-siapa yang nak, boleh minta ye.


Slot 3 mula lepas zuhur, g11 yang pegang dengan membawa mesej berkaitan ukhwah. Sarah baru je sampai waktu ni  disebabkan kekangan lain. Kami tengok cerita c u d IPT dan beberapa video lain. Waktu ini agak kritikal sebab sesuatu terjadi. Yang penting kenangan manis,kan? Slot 4 sebelah petang, riadhah ringan untuk mengeratkan lagi ukhwah. Kami bagi sarah yang handle. Gembira riang ria!


Usai berjemaah maghrib, slot 4 yang dipegang jannah bermula. Credit to jannah! Ana memang suka slot ni. Satu tazkirah yang membawa kepada mengenal diri untuk mengenal Pencipta dengan tajuk "Taaruf diri mengenal pencipta." Selepas itu nyah jahiliah dengan menyuruh mereka tulis segala perkara yang mereka janjikan dengan Allah. Hanya mereka dengan Allah, kami tak baca. Air mata keinsafan mengalir. Moga mereka diberi kekuatan~
 
Akhir sekali kami meninggalkan mereka dengan slot membuat botol keazaman. Botol kaca yang telah  mereka bersihkan dilukis tentang cita-cita dan bayangan masa hadapan dan dilengkapkan dengan kata-kata yang kami kumpulkan sebagai panduan dan pembakar semangat mereka. 3 orang terpilih dapat hadiah buku bila mereka bentangkan tentang botol mereka. Fungsi botol tersebut, setiap hari mereka akan tuliskan apa perubahan yang ingin dilakukan dan masukkan dalam botol. Bermakna, makin penuh botol mereka menjadi semakin baik..


Seronok,bertuah dapat berjumpa mereka.. Kami jadi macam artis pulak bila dah penutup tu. Masing-masing bagi buku untuk kami coretkan sedikit pengenalan dan kata-kata. Yang penting,kami tinggalkan contact no dan email agar dapat mereka rujuk bila mereka keluar nanti.Alhamdulillah, selesai sudah.. Masing-masing memasang azam "aku ingin menjadi bidadari" :)


Maklumat lain akan ditambah oleh jannah,dengan gambar dan sebagainya. Insya Allah akan datang kita buat lagi. We are not just learn and share, we are spreading~ right? :)
Dedikasi buat:
Ukht Jannah
Ukht Farhana
Ukht Sarah(nak jugak datang walaupun terpaksa **** kelas) hee
Ukht Maryam Rufaidah
Ukht Najihah Md Nor
Ukht Farah Farhana
Ukht Nadhirah Rizuan
Ukht Aisyah Ishak
Ukht Amirah Pauzi (adeq,bile plak? )


Dan semua yang membantu dalam proses untuk menjayakan program ini.
Jazakumullahu khair~ 
Allahu yubaariku fiikum :)






11 comments:

Irfan Md Nor said...

program yg sgt menarik hasil gabungan 2 generasi berbeza.

ana melihat mereka ni mudah tersentuh hatinya dgn prog berbentuk begini,mungkin bleh diteruskan di masa akan datang.

:semalam baru hbs prog KBM bersama mereka di tiram indah.sungguh emosi sewaktu part kubur.teringat time sek dulu...

nawalSSham said...

walaupun terlepas lagi untuk kali kedua. doa jelah mampu mengiringi korang..


doakan RS disini pula.
insyaAllah ahad ni, kami akan turun sana.
gabung dgn RS Selangor.
Dr. Har turun juga, kalau x salah.

eheh,
syukran faizah hantar modul sikit2 haritu.
insyaAllah ada yang akan dibuat di RS Melaka nanti....

[kan kata nak turun melaka wiken ni? nak join RS Melaka pula?]

^_^

kalau sudi,
boleh ana usulkan~

little daie said...

faizah... tak habis cerita. bermalam kat sana tak? ^_^

jom, reunion kat melaka

saraH²amizah said...

faizah..hee.
brapa kali mau sebut nama ana lah.
segan gue.

alhamdulillah.
walau skip kelas.
tapi puas hati ^o^

Sejadah_ungu :] said...

Alhamdulillah.tahniah kepada antunna semua.

modul tu share ya!

theSPREADER said...

alhamdulillah.. ana akn cuba post modul di xgen group. skrg ni kena curi2 masa nk buka email.

eh,sarah..ana baru perasan tulis nama nt byk kali.hee [segan ke suke? :)]

nadirah, akhirnya x bermalam.. x prepare. lainkali eh, time nt dtg buat program pulak ^.^

nawal, modul tu byk pakai video. doenload kat utube je lah eh..afwan, x terhntr semua

bikrunnajah said...

akhawat, jom sume turun melaka hjg mggu ni.
sabtu g konsert, ahad g RS.amacam??
umah ana ada, umah nawal ada, umah dr mai pun ada.pilih2.

Cahaya said...

bestnya projek kalian ketika cuti...

nawalSSham said...

x apa.
syukran faizah.
nadi, tu ana dah post promote melaka. (latest post).

nawalSSham said...
This comment has been removed by the author.
sakinah said...

wahh. nampaknya program berjalan dengan jayanya. menarik. alhamdulillah. tahniah semua!

faizah, kalau ada peluang memang nak sangat ikut. dah lama tak berprogram. kalau ada lagi, jangan lupa ajak yer :)

Related Posts with Thumbnails