30 October 2009

bagaimana anda selepas usrah???

Monday, 26 October 2009 18:39

Bila kita sama-sama melabuhkan tirai...


Oleh: Hussaini


"Usrah itu dimulakan dengan Kafarah al-Majlis dan Surah al-Asr. Diakhiri dengan Surah al-Fatihah"


Begitulah tarbiyyah mengajarkan kita. Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj.



Namun, ikhwah dan akhwat yang amat kucintai sekalian,


Tarbiyyah juga mengajar kita untuk mengikut marhalah (tahapan) perkembangan manusia dalam kita melahirkan 'full-timer muslim' itu. Ianya menuntut kita bersabar, membiarkan anak didik kita berkembang selari dengan masa, seumpama menunggu buah delima hijau bertukar warna.


Walaupun ia kelihatan sudah berseri-seri, jangan gopoh memetiknya. Terkadang, kita nampak buah delima itu sudah cukup kemerahan, terasa ingin sangat menganyangnya, merasai setiap biji delimanya, yang dibayangkan sudah merah ranum seperti kulitnya. Namun, jika kuning dan merah itu masih belum sebati di selaput luarnya, merekah di hujung kantungnya itu pun belum pasti, kita pasti akan kecewa, kerana hanya butir-butir mentah bakal menjadi santapan, tanpa kita mampu memperbaikinya kembali. Tanpa kita mampu untuk mengharapkan buah itu berkembang, menjadi buah yang kita impi-impi, mimpi-mimpikan selama ini...



Itulah yang digambarkan oleh As-Syeikh Hassan Al-Banna dalam risalahnya:


"Bukan dari golongan kami orang yang memetik buah sebelum masaknya."


Bekerja mengikut marhalah itu merupakan rahmat, dan jika sebaliknya, merupakan bala, gambaran amal yang sia-sia.


Jauh daripada bekerja mengikut konsep-konsep umum dakwah, apatah lagi mengikut keperluan marhalah ini, menyebabkan dakwah yang kita lakukan ini tidak ubah seperti majlis-majlis ilmu yang biasa. Dakwah kita yang sepatutnya penyeruan ke arah pembebasan daripada penghambaan sesama manusia ini, seringkali menjadi sekadar dakwah menyeru ke masjid. Tiada matlamat yang jelas. Tiada amal yang terarah. Tiada penguasaan bahan yang mantap. Tiada penyempurnaan dengan kemahiran bermain dengan hati-hati insani.


"Dakwah kita adalah segalanya", hanya tinggal kata-kata. Kerana akhirnya, kita hanya berusrah selama 1 jam, 2 jam atau 3 jam seminggu, tanpa merasakan ruh usrah dalam diri bermula tamatnya usrah. Kadang-kadang, apabila kita semakin tidak bersedia, kita lebih selesa jika keluar beramai-ramai dan mendirikan 'usrah makan'. Berkumpul di kedai-kedai mamak, borak-borak kosong, dan mendidik anak-anak usrah bercakap yang sia-sia. Kata mereka, "Itu lebih baik daripada tiada apa-apa". Dan kata mereka lagi, "Usrah bukan rigid dalam halaqah-halaqah itu sahaja".


Kataku,


"Benar dan salah". Benar, usrah itu tidak terbatas dalam halaqah-halaqah perbincangan itu semata-mata. Salah, kerana anda tidak akan berhasil apa-apa jika masih ingin bersenang-senang, bermalas-malasan begitu.


Hendak mengetahui hakikat usrah serta rukunnya? Mari kita bersoal jawab dengan Al-Quran:


Apa yang ingin dibincangkan dalam usrah, ya akhi?


"Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadany seorang rasul, (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu (Tazkirah: Tazkiyatul Nafs) dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran: Tafsir) dan Hikmah (Sunnah: Sirah dan Hadis), serta mengajarkan apa yangbelum kamu ketahui. (Taujihat dan Musykilah)"

(Al-Baqarah 2: 151)



Selepas usrah, apa yang kita harapkan kita semua rasai?


"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."

(Al-Baqarah 2: 152)



Takutnya ana, ya akhi. Jika ada masalah dalam usrah, apa yang perlu ana buat?


"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar."

(Al-Baqarah 2: 153)



Naqib itu Ubiquitous?


Kefahaman akan pentingnya sebuah perjumpaan yang sebegitu, dengan syarat-syarat sah usrah itu, memandu kita untuk lebih berdisiplin dalam membina rijal-rijal. Sama seperti khususnya pembinaan para sahabat rasulullah, bukan bidaah yang direka-reka. Allah sudah menyediakan templatenya, kita hanya sebagai pelaksana.


Kita tahu, bahawa, setiap minggu, usrah sebegitu wajib dilaksanakan. Dan ketahuilah sahabatku, perjumpaan setiap minggu itu akan menentukan komitmen anak-anak usrah pada minggu-minggu seterusnya. Ia akan menjadi penentu keterikatan anak-anak didik dengan saff dakwah ini. Hakikat kefuturan bermula di sini, sekiranya kita hanya mampu membuatkan mereka berfikir tentang islam, semasa halaqah kecil, sementara itu sahaja.


Disinilah letaknya kelemahan usrah-usrah di sekolah, yakni usrah-usrah yang diwajibkan, tanpa mengambil kira bahawa pelajar-pelajar itu merupakan potensi-potensi ummah yang layak membuat keputusan sendiri, kita sewajarnya hanya membimbing, bukan memaksa mereka. Gagalnya usrah kita, jika sang murobbi, hanya bertaut di hati tatkala usrah. Jika sang murobbi lansung tidak diingat mereka ketika dibaca doa rabithah. Kerana, pembinaan usrah tidak diasaskan dengan ukhuwwah islamiyyah yang menyejukkan perasaan. Aku pernah merasai kekeringan itu dahulu, yang mematikan hasratku untuk bertemu lagi dan lagi. Kita tidak sudi, jika perjumpaan kita itu mekar dengan cinta sesama saudara, yang akan melonjakkan semangat yang membara.


Sang Murobbi seharusnya menjadi umpama bakteria yang ubiquitous, berada di mana-mana sahaja. Dengan perasaan atau tanpa perasaan, mereka tidak serik-serik bertemu. Menyelesaikan permasalahan-permasalahan kecil, tindakan orang-orang bijak pandai, sebelum ia besar, lebih besar dari segala kebaikan mereka. Sang Murobbi sentiasa membakar tekad mad'u, agar mereka tidak larut dalam biah jahiliyyah, menjadi sebahagian dari penyumbang kekufuran. Berada bersama, mengingatkan mereka tentang kedamaian bersama islam, sehinggakan mereka merasakan, inilah biah dan suasana yang ingin mereka wujudkan dalam masyarakat mereka. Sudah tentunya semua ini tidak dapat dilaksana, jika taaruf tidak dilaksanakan dengan setelitinya.




Mad'u masih lagi Anonymous bagimu?




link...

28 October 2009

sanah.helwah

selamat hari lahir diucapkan kepada sahabat kami, Noor Syamila Samsulkamal (28/10/2009) dan Ahmad Jabir Mat Desa (30/10/2009).moga iman antum bertambah seiring dengan usia.insyaAllah! selamat hari lahir juga kepada OKTOBERIAN yang sudah lepas tarikhnya.maaf terlupa nak post.(^^,)

24 October 2009

Ziarah Xgen - TIGAdalamSATU

assalamualaikum.lama sudah tak post di DC.apa khabar semua warga warung? moga2 sentiasa dalam iman dan islam.bagi yang sudah final,jgnlah gembira sgt.bagi yang tgh bercuti,manfaatkanlah cuti antum.bagi yang akan final,hehe,moga pertolongan Allah bersama antum!.ok..takmo tulis panjang.

berikut adalah sedikit cerita perjalanan akhawat pada hari ini.hmm.it;s about majlis kesyukuran kecil2an di rumah JANNAH.alhamdulillah.things went smoothly.walaopun ada yang hampir terbabas keretanya.tapi alhamdulillah.umur masih panjang.

pagi tadi dapat mesej daripada jannah,menjemput dtg kerumahnya.ana pun dengan semangat mengajak faizah,maryam,afifah,fatin nadiah,sufi,izzati,mufidatul iman dan nurul iman.tapi Allah izin yang lain smua dah balik ke U masing2*begitu awal*.jadi, yang pergi hanya ana,faizah,afifah dan juga nurul iman..bersama wira yang sporty itu.

jadinya, b4 kerumah jannah,singgah angsana beli2 barang sikit.barang apa?hmm.tgk nanti.kat angsana terserempak dgn anas.setelah bermain hide n seek bersama anas selama 3 saat *huh?*terus inform beliau mengenai majlis jannah.menjemput beliau dan kawan2 beliau sekali ke rumah jannah.tapi beliau tak pergi.jadwal padat katenye.

ada apa dengan majliss jannah?

  1. alhamdulillah.ukhti Jannah telah menjadi alHafizah pada hari jumaat,23Oktober 2009M bersamaan 4Zulkaedah 1430H.sekalung tahniah daripada XGEN kepada ukhti.moga ukhti dapat istiqamah di jalannya,menjadi khalifah yang bermanfaat kepada ummah!*jannah,berita baik kita kongsikan bersama ye?hehehe*
  2. pada 23Oktober2009 juga adik perempuan jannah, Siti Aishah Mohd Radzi turns 4 tahun.jadi dia celebrate hari ini.makan kek.*yummy..*
  3. ketiga,bersama2 ini dengan kesyukuran adik kembar jannah yang baru keluar hospital setelah hampir 2 minggu di tahan(kut).tahniah jannah atas pertambahan family baru!
kat rumah jannah kami makan mee hoon,pulut kuning+rendah dan juga kek birthday enchah..

on behalf of xgen, kami ada membeli sedikit hadiah untuk baby twin yang cute(siti hafsah dan siti safiah) juga sedikit hadiah untuk Jannah alHafizah.

okie dokkie.rasanya takat tu je kut.berikut ada sedikit perkongsian gambar.

itu hadiah untuk twin.bukan orang ya.tapi beg.

time nak bayar terserempak pulak dgn mak sakinah pauzi.

ha.itu mereka tgh nak praktis pegang baby.

abi,umi,khadijah,jannah dan safiah.

hmm.sedap..adik2 jannah

ini hadiah xgen untuk Jannah alHafizah.

*buku ini sangat2 bagus.bout ukhwah.byk bersangkut paut dgn janji xgen*
*apa janji xgen?untuk saling tarik menarik kalau ada yang terjatuh.*
*promote jap:sila lah beli!*

imtihan


Bismillah..

macam biasa orang berkata,kalau di Malaysia, sistem pendidikannya berorintasikan peperiksaan. Itu bila mana kita belajar untuk peperiksaan. Time disekolahlah kenyataan ini adalah hakikat, sebab tak nampak lagi matlamat nak ke mana. Yang penting pass UPSR with flying colours, untuk masuk form 1 dengan berkualiti, kelas pertama mungkin. Kemudian, pass PMR with flying colours moga2 diterima masuk asrama penuh, tak pun dapat pilih pure science ketika di upper form nanti, dan di kelas pertama. Kesemua exam ini mesti dgn wonderful colours, sbb ia membawa kepada keputusan SPM yang cemerlang.Ya, biar lepas SPM dulu. Dan kita belajar untuk pass SPM.

Sekarang, kita semua dah di IPT. Macam2 jenis IPT. dan ketika ini kita belajar untuk masa depan. Betul2 untuk masa depan. yang pastinya melalui daerah beberapa imtihan jugak lah. Kena lulus exam, supaya dapat graduate. Graduate dengan berkualiti agar dapat kerja yang bagus, dgn gaji yang bagus untuk kehidupan yang lebih bagus. Sekarang jelas, belajar bukan untuk exam, tp untuk kehidupan. Dan kehidupan yang bagus, pastinya yang berkhidmat sebagai hamba yang terbagus.

Firman Yang Maha Tahu:
"Am lil insani ma tamanna, walillahil akhiratu wal ula"
"apakah manusia akan mendapat segala yang dicita-citakannya? Tidak! Maka milik Allahlah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia."
Surah AnNajm, 53:24-25

adat imtihan, kadang kita dapat yang kita nak setelah usaha, kadang kita tak dapat walau usaha macam mana pn. Sebab penentu berada pada yang Yang Maha Tahu. Bila kita usaha, yang melihat adalah Dia, tapi bila dapat result, yang melihat adalah manusia. Bila kita berjaya biasanya baru manusia bertanya apa usahanya? rahsianya? bila kita gagal, tiada yang bertanya bagaimana usaha kita. Walaupun usaha kita jauh lebih kuat dari yang berjaya. Tak semua yang gagal itu tak berusaha.

Sebab tu kata Yang Maha Sayang pada kita:
"Wa allaisa lil insaani illa ma sa'a. Wa anna sa'yahu saufa yura"
"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang diusahakannya. Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya)"
Surah AnNajm 53:39-40

kita akan dapat berdasarkan usaha kita, tapi kita tak semestinya dapat apa yang kita cita-citakan. Dia Maha Melihat, dan Dia tahu usaha lagi bernilai untuk dilihat berbanding hasil.

buat SEMUA, moga berjaya dalam imtihan masing-masing, walau bila sekalipun tarikhnya. Allah akan menghargai usaha mu, dan penghargaan dari Allah itu, pastinya yang terbaik. Prinsipkan dalam diri, konsep tawakkal dan redha. Dan bila ditimpa musibah, biar yang pertama diucapkan lidahmu adalah "innalillahi wa inna ilaihi raji'un". Dia sayang kita.

This is just a remider in case you forgot (or I forgot).

Wallahu a'lam.

18 October 2009

Terjumpa Dia


Nak jumpa Dr. Hafidzi..
Terjumpa dia.
Dia sihat.
Dia bersemangat.
Masih Raider.
Wartawan umat.

p.s-Raider, camne anak usrah kt IKIP?

Selamat Merempuh Peperiksaan Akhir Semester

Salam.

Khas bagi X-GEN yang akan menduduki peperiksaan akhir semester dari 19 Oktober hingga 16 November 2009, disini ada sedikit persembahan multimedia untuk tatapan semangat, tidak kira di mana jua, kami semua sedang merempuh ujian yang sama, diatas landasan perjuangan yang sama, dan menuju matlamat yang sama. Semoga perjuangan ini dapat kami rempuh dengan jayanya, dan cemerlang dunia akhirat, insya-Allah.



Link youtube: http://www.youtube.com/watch?v=LKQUXs8U5BY

P/S: Minta maaf banyak-banyak jikalau ada yg tak tersenarai, ini sahaja yang ana sempat letak berdasarkan maklum balas SMS / data dari laman web SMIH...

16 October 2009

Gathering Ikhwah X-GEN


Rancangan yg dah lama dirancang akhirnya terlaksana rancangan nya...

Mula dari 8.50, budak2 USIM naik KTM, diikuti juga dgn budak2 yg berhampiran dgn area Nilai (UPM, UNISEL). Bagi yg dah dekat dgn area KL ni (IBT, UM, Taylors) naiklah bas atau teksi, kumpul di Midvalley Megamall pada pukul 10.30 pagi.

Tanggal 11 Oktober 2009, gathering ikhwah X-GEN di Midvalley bermula...





Berkumpul kat tingkat teratas.... bukan untuk tengok wayang ya...



Muaz sedang menikmati makanannya sambil memfokuskan matanya kepada.... apa ya?



Siapakah tetamu misteri yang membuatkan muka Fahim dan Muaz sebegini? Berikan hujah anda kurang daripada 400 patah perkataan.



Amir: Apsal rasa cam pelik je makanan ni? Tak cukup garam ker?



Makanan: Aduh, ada ke budak USIM ni kata diriku ni perlu dimasukkan garam?




Sesiapa yang berani menggangu Amar yang sedang makan akan merasai serangan sudu hitamnya...



Hah, memang ramai yang datang pada hari ni... muka-muka yang jarang dilihat pun ada...



Mahadhir pun datang seh! Skang beliau sedang menyambung pelajaran di UNISEL (terbuktilah ahli-ahli X-GEN semuanya hebat2 belaka)




Walaupun dah lama rancangan ni di rancang, tapi baru hari ni dapat dibuat. Memang agak sukar untuk mengumpulkan ahli2 X-GEN yg dah bersepah dimerata bumi Malaysia ni.

Buat masa ni, rancangan menyerang USIM ditangguhkan pada bulan Disember, sebab perlu tunggu semua habis finals dan balik ke IPT masing2 selepas cuti. Itupun selepas membincang dan mengambil kira 4 rancangan. Akhirnya rancangan yg ke-4 dipilih (utk buat bila semua dah balik cuti finals)...

Semoga apa yg dirancang diizinkan-Nya.

Donna keikaku de mo, Kami-sama no yurushi ga nai nara, zenzen dekinai.
Makna: Tidak kira apa rancangan sekalipun, kalau tiada izin-Nya, tidak akan dapat dilaksanakan.

14 October 2009

fillah...akhawat

Dengan menyebut namaMu...sekali lagi laporan penuh perjalanan kami dari tiga benua berasingan kembali menyusul

3-4 oktober 2009 (sabtu&ahad)- seramai 13 orang adik-beradik yang berlainan ibu dan bapa telah berkumpul di sebuah rumah berkembar pada hari yang sama. Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai mehnah dan cabaran ke rumah tersebut, 12 orang dari mereka masih tetap meneruskan perjalanan. Seorang daripadanya telah selamat menunggu di rumah seperti yang dijanjikan.

Seawal jam 12 tengah hari, satu utusan sms dari daerah Kuala Kubu Baru atau lebih tepat lagi Darul Quran telah memaklumkan bahawa mereka sudah selamat menaiki KTM untuk ke rumah tersebut. Antara yang terlibat ialah Syakirah, Farhana dan Faizah.

Selang beberapa minit kemudian, panggilan mengejut dari daerah Nilai telah setia berada di hujung talian menyatakan bahawa mereka bakal bergerak sejurus selepas menunaikan solat zohor. Mereka adalah Akmal, Uzma, Majidah, Auni dan Maryam atikah. Keempat-empat daripada mereka kini sedang giat mengikuti pengajian di USIM. Manakala seorang lagi di UIA Nilai.

Kini kita beralih pula kepada satu lagi rombongan kecil dari UTM Kuala Lumpur iaitu Muna Adilah dan Sakeenah. Walaupun hanya berdua pada awalnya, mereka tetap gagah menyelusuri badai perjalanan yang agak mencabar sebelum selamat tiba. (mungkin mereka lebih mengetahui...berjalan kaki...)

Beberapa jam kemudian...kedengaran sayup-sayup laungan salam dari rombongan Nilai. Tahniah kepada mereka kerana tiba terlebih awal. Setelah bersalaman dan berceloteh seketika, rombongan kedua dari Kuala Kubu Baru telah selamat menjejak kaki ke rumah tersebut. Walaupun agak kepenatan, suasana tetap riuh memandangkan berlakunya segmen "Jejak Kasih" selama beberapa saat. Sesuatu yang agak mengejutkan kami apabila "eh.. Sufiah pun ada?" agak lama juga kami tidak mendengar khabar dari penduduk UIA PJ ini.



Melihatkan kelesuan mereka, makanan yang begitu setia di dapur tadi dihidangkan untuk dijamu bersama. Memandangkan satu lagi rombongan tidak tiba-tiba lagi, hati ini menjadi gundah-gelana (betul ke perkataan ini?).



Satu panggilan dibuat. "Muna kat mana dah?"
"Sikit lagi nak sampai. jangan risau..."

Tidak sempat meletakkan handphone di atas lantai, ding...dong...
Alhamdulillah mereka akhirnya selamat tiba. Setelah membuka pintu, sekali lagi kami dikejutkan dengan kehadiran Zati Arifah yang kini sedang melanjutkan pengajian di IIC (Kolej Islam Antarabangsa).
Kini telah selamat pertemuan 13 orang adik-beradik tersebut...


Selesai menjamu selera, perbualan dihentikan seketika untuk memberi ruang kami mengerjakan solat asar. Disebabkan masing-masing menyimpan seribu satu kisah yang terpendam, petang itu menjadi slot 'tazkirah selang-seli'.

Walaupun pada awalnya rombongan dari Nilai bercadang untuk pulang pada malam itu juga, mereka terpaksa membatalkan hasrat setelah dipujuk rayu oleh pakar kaunseling yang lain.Perjalanan diteruskan lagi pada sebelah malam dengan bersiar-siar sekitar Alamanda untuk membeli sedikit kelengkapan harian.



Terasa indah malam itu saat semua kembali berkumpul menguatkan satu sama lain... Walaupun tidak semua yang ada...insya Allah selagi taqwa masih diteguhkan, doa masih dipanjatkan, semuanya mampu kita hadapi...

Keesokannya, kami pulang seawal pagi kerana terdapat hal lain yang perlu dihadiri...

Wallahua'lam

03 October 2009

saat yang indah itu PALSU semata-mata !!!

Risalah Vs Cinta
Nov 6th, 2007
by Azree Hanifiah.

‘Sayang’?

Saya terkejut apabila membaca beberapa mesej daripada handphone rakan saya itu. Dan kelihatan muka si rakan itu merah padam. Mungkin kerana tidak menemui apa yang dia kehendaki daripada handphone saya.

Hal ini berlaku apabila dia meminta untuk ‘melihat-lihat’ handphone saya dan saya pun mengenakan syarat untuk ‘melihat-lihat’ juga handphone kepunyaannya. Dan inilah yang terjadi.

Rakan saya itu merupakan ketua Badan Nuqaba’ di universiti. Sangat berpengaruh dan gemar memberi tazkirah. Tetapi rupanya hanyut juga dengan mainan nafsu.
“Ah, ana bercinta secara islamik.”

“Islamik sangatkah kalau sampai ada ‘sayang-sayang’? Islamikkah kalau menaikkah nafsu? Dan itukah yang Islam benarkan untuk telefon berjam-jam dan bermesej ‘sayang-sayang’?” Soal saya kembali. Dan dia diam membisu.

Entahlah. Saya sendiri tidak dapat memikirkan mana yang betul-betul baik dan mana yang salah. Sebetulnya ini bukan kes pertama yang saya temui. Dulu saya pernah ditegur kerana bercinta oleh seorang orang kuat dalam Badan Nuqaba’.
Tetapi pada suatu hari saya terlihat pula orang yang menegur saya itu keluar berdua-duaan dengan perempuan. Yang pasti bukan adik atau saudaranya kerana saya kenal juga dengan dia.

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” (Al-Baqarah: 44)

Janganlah sorokkan keburukan sendiri dengan cara menunjukkan yang anda orang yang betul-betul faham akan agama.

Adakah istilah ‘Cinta Islamik’?

Dulu saya juga pernah menggunakan istilah ini. Menyukai seseorang tetapi hanya sms sahaja menjadi penghubung. Tidak pernah call langsung dan tidak pula terkeluar perkataan ‘sayang’ atau yang menaikkan nafsu. Semua saya cuba kawal seboleh mungkin.
Tetapi betulkah cinta seperti itu yang saya hendakkan? Saya berfikir balik kerana walaupun sekadar sms sahaja sudah mampu menyebabkan saya sedikit lalai, dan cerita yang ini anda boleh baca di entri saya ‘Ibadah Itu Cinta’.

Saya tidak menafikan memang fitrah manusia itu menginginkan sesuatu untuk mendorongnya daripada orang yang berlainan jantina daripadanya. Tetapi perlulah dengan cara yang terkawal.

Kalau sudah masuk sampai fasa ingin ada perkataan ‘sayang’ daripadanya, saya sarankan dua perkara. Pertama, kahwin dan yang kedua tinggalkan sahaja. Ini kerana jika fasa ‘sayang’ itu terlalu lama berlaku sebelum kahwin, ini mungkin akan menyebabkan satu perasaan pelik datang. Jemu.

Saya tidaklah tahu hormon jenis apa yang dirembeskan keluar atau bahagian saraf yang mana akan bertindak balas apabila menerima ransangan dan menyebabkan perasaan jemu dan bosan itu berlaku. Tetapi itulah yang berlaku kepada beberapa orang rakan saya yang bercinta.

Mungkin dalam dua tahun boleh bertahan. Tetapi kalau sudah masuk tahun keempat, ramai yang sudah mula terpisah. Jawapan mereka, “Dah tiada jodoh, nak buat macam mana.”
Nasib baik ada seorang yang berani tanpa malu menjawab, “Dah jemu sangat.”




Berbalik kepada persoalan betulkah ada istilah ‘Cinta Islamik’. Pandangan saya, ada bagi orang yang betul-betul menjaga pergaulan. Menetapi kehendak syariat. Cumanya memang fitrah manusia pula menginginkan sesuatu yang lebih daripada apa yang telah dia dapat. Dan dari situlah timbulnya merengek-rengek kepada pasangannya untuk memberikan lebih daripada sebelumnya.

Jadi, bolehkah berlaku ‘Cinta Islamik’ sebelum pernikahan jika begitu? Kemudian pandangan saya tertumpu pula ‘Cinta Islamik boleh berlaku selepas pernikahan’. Cuma ini sekadar pendapat saya dan ia masih lagi boleh dipertikaikan oleh anda jika mahu.


Jangan burukkan nama institusi jemaah

Hal ini saya kira memang berlaku dan menyerang mana-mana institusi jemaah mahasiswa. Bercinta dalam jemaah? Satu lagi idea pelik yang cuba dimurnikan. Maaf, cinta yang dimaksudkan adalah cinta antara pasangan berlainan jenis.

Mereka katakan kepada saya, “Inilah cinta islamik. Kami bercinta kerana dakwah. Nanti sudah kahwin bolehlah meneruskan jalan perjuangan ini.”

Tetapi bila saya datang ke biliknya, dia pula sedang menelefon pasangannya. Dan akibatnya saya terpaksa menunggu sehingga tamat gayutan perbualan tersebut.

Lelaki dan wanita yang baik bukanlah yang bersembunyi di sebalik kosmetik kata murni berbau Islam seperti itu. Kalau sudah salah janganlah disembunyikan lagi.
Memang setiap manusia ada ego tersendiri. Mereka akan menyangka apa yang mereka buat adalah betul. Dan kerana itu perlunya kawan untuk menasihatkan. Tetapi kalau nasihat kawan sendiri mereka cuba sangkal, apa lagi yang boleh saya buat.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 42)

Saya tertarik dengan seorang rakan saya yang memang betul-betul berminat menjadikan seorang akhawat dalam jemaahnya sebagai isteri. Dan dia meminta tolong daripada naqibnya yang merupakan seorang ustaz untuk menguruskannya.

Harapnya tiada ‘sayang-sayang’ yang hadir sebelum pernikahannya. Dan yang ada hanyalah kerjasama dalam jemaah seperti dahulu juga. Seperti sebelum dia menyatakan hasratnya.

Ada seorang lagi rakan saya yang sedang bertunang dan bakal berkahwin dalam bulan Disember tahun ini. Hendak dikatakan kemaruk itu tidak nampak sedikit pun. Tiada pun sms ‘tanya khabar’ lagikan pula hendak telefon. Dia harap jika sudah berkahwin nanti, barulah rasa-rasa ingin bertanya khabar itu baru datang. Dan barulah cinta berputik pada masa itu.




Alangkah seringnya

Mentergesai kenikmatan tanpa ikatan

Membuat detik-detik depan terasa hambar

Belajarlah dari ahli puasa

Ada dua kebahagiaan baginya

Saat berbuka

Dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala

Inilah puasa panjang syahwatku

Kekuatan pada menahan

Dan rasa nikmat itu bakal kurasa

Diwaktu buka yang penuh kejutan

Salim A.Fillah(Buku: Nikmatnya berpacaran selepas pernikahan)


Related Posts with Thumbnails