29 September 2010

berkarat


yang dikatakan bertambah baik itu
bukanlah pada bertambahnya amal kebaikan
tetapi apabila kita berjaya
mengurangkan rawasib [karat] jahiliyah dalam diri
moga Allah redha
^O^

27 September 2010

jom ber "ISK" !!!






bismillah...

untuk ikhwah x-gen...

dengan suka citanya taylors ingin menjemput antum semua ke program penuh barokah ini... program yang diberi nama...

>>> I.S.K <<<

a.k.a


Ini Sejarah Kita




butir program adalah seperti berikut :

tarikh : 2-3 oktober 2010

tempat : WAMY centre, serdang

masa : 9.00 pg (sabtu) - 2.00 ptg (ahad)

bayaran : RM 15 sahaja


sesiapa yang berminat boleh berikan nama antum pada ana di 013-7934479



Jom ber"I.S.K" !!!





24 September 2010

terbang lagi


Noor Shazwani Md Nassir
kembali terbang ke Mesir setelah cuti yang panjang
meneruskan pengajian Medic nya
moga selamat perjalanannya
pulang membawa hikmah
moga menjadi 'alim mujahid

flight hari ni pukul 1015am di KLIA :)

23 September 2010

lagi.


individu.di.sebelah.kanan.kelihatan.lebih.ingin.terbang.daripada.individu.yang.bakal.terbang.sebenarnya.

Hafizuddin Salamat
Zagazig, Ash - Sharkia, Egypt
Perubatan


ana.x.tahu.kenapa. tapi.ana.suka.gambar.ini. (freeze.in.motion)

Mereka telah berbuat...Kita pula?
:p

19 September 2010

LaGI tEnTang JaULah CiNta KaMi...

Assalamu'alaikum...

InsyaAllah, di atas permintaan sahabat2 yang dikasihi, inilah dia serba sedikit mengenai Jaulah Cinta kami.

"Allah, rahmati cinta antara kami..."

Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga, meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya. Namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata. Detik waktu yang berlalu menjadi memori kita bersama...(tukar sikit)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Setinggi2 lafaz kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Maha Kuasa kerana dengan izin-Nya, Ziarah Raya Akhawat dapat diadakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Tidak dapat diungkapkan dengan kata2, penghargaan jazakillah kepada semua akhawat yang terlibat sama ada secara langsung mahupun mereka yang mendoakan kelicinan ziarah ini dari jauh. Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 kalian.
Antunna sangat best!!!

Jutaan jazakillah kepada:
Para P.I.C
Para pilot dan tuan kerata
Para tuan kamera
Para tuan rumah
Para penumpang

Tanpa membazir masa, begini jalan pengkisahannya…

P.I.C akhawat (hebahan, confirmkan kedatangan) : Sarah Hamizah
P.I.C guru2 (inform guru): Faizah
P.I.C transport dan cenderahati: Nawal Saudah

9.00 - 9.25 pagi-Sekolah hidayah dan lain2 tempat.

1. Inilah lokasi pertama kami. Lokasi ni adalah tempat pengumpulan para penumpang yang akan mengikuti ziarah kami. Sekolah dipilih kerana ianya untuk mengumpulkan mereka yang berada di sekitarnya manakala lokasi sekitar kempas dan taman universiti, ada pilot yang akan mengambil mereka. Selepas semua pilot mengambil para penumpang masing2, kami pun menetapkan satu tempat yang akan menemukan kami semua. Tempat itu adalah Shell berhampiran Pejabat JIM. Jom,gerak~~

9.50-9.53 pagi-Shell

2. Wah, sampai akhirnya kesemua pilot2 kami. Sedar tak sedar, rupanya ada 5 kereta semuanya. Alhamdulillah..Banyaknya kereta! Perasaan itu mula bercambah. Apa? Gumbira!!!
Setelah pilot2 berbincang, kami mula bergerak ke lokasi ziarah pertama kami. Tidak lain tidak bukan, rumah Ustazah Rashidah Mat Jadi. Hati berbisik, “eh,wani ada!” juga “siapa ada dalam kereta sana?”. Sabar ya. Sekejap lagi kita buat perjumpaan :)

10.05 pagi-Rumah Ustazah Rashidah

3. Kami selamat mendarat di lokasi pertama. Setelah semua pilot parking kereta masing2, hah..mulalah acara salam menyalam dan bertanya khabar di tengah2 jalan (kereta tiada,tempat strategic la tu). Rindunya sahabat2. Rindunya akhawat. Setelah dikira, rupanya bilangan penumpang kami seramai 24++. Subhanallah! Bilangan yang kami kira besar untuk dikumpulkan. Inilah masanya untuk kita ziarah sambil reunion kecil2 an. Maaf ya akhawat yang ada urusan lain. Kami faham. InsyaAllah, lain kali kita buat lagi.


Akhawat yang terlibat: Sarah Hamizah, Noor Shazwani, Nadiah Mokri, Fatin Salehah, Nurul Akmal, Nur Hamizah Amalina, Nurul Hafizah, Ezzah Fatin, Nur Hidayah, Nurul Atikah, Nurul Afifah, Nawal Saudah, Noor Syamila, Faizah, Auni Salma, Mardhiah, Sakeenah, Nur Sakinah, Nur Fadzlin, Fatin Nadiah, ‘Uzma, Nadiah Kamil dan juga Noraini Sakinah Lee beserta Fatimah Hanisah…ramai kan?

Kami disambut dengan gembira oleh ustazah,pak cik Kamrul Bahrin dan juga kak afifah. Borak punya borak, ustazah pun menjemput kami menikmati menu pertama kami.

Hidangan pertama..nasi lemak + ayam + popia + kek + air teh.


Terima kasih ustazah sekeluarga.. Sudi menerima rombongan ziarah raya kami…Juga terima kasih duit rayanya…Susah2 je ;)


10.54 pagi-Rumah Ustazah Norimah

2. Lokasi kedua kami ialah seperti di atas ;)

Seperti biasa, kami menjamu selera berupa soto, mee goreng dan kuih muih~

Tengah berbual2,

Ustazah,jomlah kita bertukar2 cerita...dan tibalah..Bual punya bual,masa mencemburui~

Jam menunjukkan 11.30. Ustazah, kami minta diri dulu ya. Terima kasih atas segalanya. Coklat tu sedap!!!

11.35 pagi-Rumah Wani

3. Oleh kerana dah dekat dengan rumah wani dan wani pun dah jemput, kami pun singgah di rumah wani. Jalan kaki jelah…

Berbual + isi perut lagi…
Roti jala~

Eh,dapat juga..$$$...Terima kasih mak cik!

4. Nak ke mana lagi ni? Meh kita raya rumah
Ustazah Norizah (12.03 tengah hari)

“Assalamu’alaikum…ustazah,kami dah datang ni!”

Tanpa malu2 meow, kami menjamu selera.


Berbual juga dengan ustazah sambil nyum2..Laksa, laksam, puding dan pelam yang sedap…

Ambil gambar kenang2an di pondok ustazah…klik2..

5. Kami teruskan perjalanan dengan meninggalkan area Taman Universiti. Kita pergi rumah Ustazah Zanariah ya..Area kempas.Jom! (1.21 tengah hari)

Janganlah balik lagi. Duduk kejap lagi..Ustazah memujuk :)
Baik ustazah…

Melangkah balik juga. Sempat lagi....

“Kita mesti ada kenangan yang kita dah ziarah raya rumah ustazah”

Ready semua...klik lagi!

juga

Ustazah dah hulur $$$, kami terima dengan senang hati ;)

6. Mana lagi?
Rumah Ezzah!!! (2.32- 3.47 petang)

Kami sembahyang zuhur di rumah Ezzah. Bersyukur kerana setakat ini, 6 buah rumah telah kami kunjungi. Mengeratkan silaturrahim ~

Makan, jangan tak makan. Sedapnya. Aroma nasi tomato menusuk hidung. Sehingga menjilat jari dibuatnya.

Ada coklat juga!
Selamat Hari Raya mak cik!

Nak pergi mana tu? Jangan bergerak...kami ada banyak lagi rumah yang nak dikunjungi..stay tuned!

7. Kami mencari2 rumah seterusnya. Rumah siapa? Teka.
Rumah
Ustazah Hamizah (4.o3 petang)


Perut kami terus2an diisi. Nugget, kentang dan buah tembikai. Kami makan semuanya sambil berbual bersama ustazah. Juga melayani kerenah si hero yang bakal dapat adik. InsyaAllah, kami dokan~
Ustazah yang setia menunngu ketibaan kami...Jazakillah ustazah~

8."Lepas ni nak pergi mana pulak? soal Ustazah Hamizah.
"Kami nak pergi rumah Ustaz Rahim,ustazah!" jawab kami.(4.32 petang)

Perjalanan ke rumah ustaz memakan sedikit masa. Maklumlah di Ulu Tiram. Berbekalkan tawakkal kami pun bersemangat meredah jalan yang berliku-liku haluannya beserta naik turun bukit. Tips berkonvoi juga tidak dilupakan apabila kami sentiasa memastikan kereta2 kami sentiasa 'berhubung'.

"Sarah, ana nampak lori je. Mungkin mereka kat belakang lori"
"OK"

9. Perjalanan kami akhirnya tamat apabila kami selamat mendarat di hadapan rumah Ustaz Rahim. Alhamdulillah,setelah main chak2 di kawasan perumahan ustaz, terlihat kelibat ustaz yang setia berdiri di hadapan rumah menunggu ketibaan kami.

Ustaz terus tersenyum melihat kedatangan kami bersama pesawat masing2.

"Assalamu'alaikum ustaz!!! Ustaz apa kabar? Dah lama tak jumpa ustaz...Ustaz baru pindah ke?" soalan diaju memandangkan kami dapat bau rumah baru ustaz...wangi~
"Ustaz pindah bulan 1"
"ohh"

Kami terus berbual bersama ustaz. Sempat juga,jalan2 explore rumah ustaz yang ada bahagian bawah tanah. Sambil itu, kedengaran suara2 para 'interior desingner' yang membuat penilaian terhadap rumah ustaz. Kami gumbira berada di situ!!!




Kami mula bertolak dari rumah ustaz. (5.47 petang)
Tahu tak apa yang kurang??? Belum solat asar!!!


Surau yang kami temui ialah Surau As-Salam. Namun,bilangan kami dah berkurang seorang kerana Fatimah Hanisah telah kami hantar ke klinik walidainnya(bukan sakit tau).

Juga, dengan berat hati, Nawal menghantar Syamila untuk pulang ke Kota Tinggi...Nak balik dah ke??? Salam dulu!

Rehat sebentar bersama solat asar~~

Kami terus memulakan perjalanan seterusnya pada pukul 6.40 petang. Em, rupanya dah sehari suntuk kami berjalan. Dah bermacam-macam makanan diisi ke dalam perut.Bersyukurnya kami ya Allah!

Bandar Dato Onn kami jejaki pada pukul 7.30 malam. Kita solat dulu!!! Di masjid Taman Bukit Mutiara( dekat je dengan tempat kita selalu Ihtifal,Nusa Mutiara)

10. Sedang kami mahu roger and out, jumpa Ustaz Shahruddin di halaman masjid. Yeah!!!
Kami suka kebetulan ni. Alhamdulillah. Ustaz mengetuai pesawat2 kami. Sabarnya ustaz menunggu kami.Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 ustaz.

"Jemputlah masuk" kata ustaz ramah.(
7.55 malam)


Malam itu kami beraya sambil ditemani oleh 1 mujahid kecil dan 2 mujahidah kecil ustaz. Seorang lagi mujahid tengah ZZZzzz. Dah 4 orang anak ustaz. Sekejap je masa berlalu. Kami bercerita sehingga tidak sedar jarum jam sudah bergerak ke angka 9. Ustaz masih seperti dulu. Ramah dan ceria :)

Tanpa dipinta, ustaz memandu kereta menunjukkan kami lokasi rumah
Ustazah Norhawanis (9.05 malam). Sekali lagi,jazakillah ustaz!!!

11. Rumah ustazah anis tidak jauh sebenarnya dari rumah ustaz. Hanya row belakang rumah ustaz. Hah,kat rumah ustazah ni,lagi riuh dan meriah. Di luar rumah, kanak2 ribena sedang bermain bunga api. Ustazah pula kelihatan sangat gembira menerima kedatangan kami. Cerianya ustazah...Huhu..kami pun tumpang sekaki sambil menikmati rojak buah, yong tau fu, cendol beserta air oren. Syukur,kenyangnya ustazah!


12. Ini dia rumah terakhir. Rumah Ustazah Hanim.(9.35 malam) Kami hanya berjalan kaki memandangkan jarak rumah ustazah anis dan ustazah hanim hanya sejengkal. Perasan tak sesuatu? Rumah guru bahasa melayu semuanya kebetulan dekat.Nama taman pun Taman Bukit Mutiara. Taman Bahasa Melayu..hehe

Alhamdulillah. Ustazah menyambut kami bersama 5 mujahid comel. Kami terpegun seketika kerana berada di rumah yang sangat lawa. Renovation nya memikat! Semua mata memandang ke sekeliling rumah.


"Akhawat je ke? Ikhwah takde?"
"Haah ustazah. Kalau ikhwah ada, tak muat, ustazah!"
"oh ye ke?"

Ustazah menjemput kami masuk ke rumah walaupun kami memang dah masuk dan sudah tawaf di rumah ustazah.(Maaf ya ustazah, kami buat macam rumah sendiri~)



Waktu ini hanya ada 3 pesawat. 2 kereta yang lain terpaksa meninggalkan kami kerana ada urusan lain yang juga penting. Walau sebenarnya mereka nak join, tetapi apakah daya, Allah tidak mengizinkan.

Walau hanya 3 kereta yang ke rumah ustazah, suasana tetap meriah. Jangan risau ustazah, kami akhawat x-gen yang sentiasa ceria!!! Kami menikmati juadah terakhir.Berupa mee sup dan buah oren.Tambah jangan tak tambah...Seketika kami bercerita mengenai keadaan sekolah, pelajar dan juga...rumah ustazah yang baru!

Dan tibalah waktu ini. Waktu kami berpisah bersama guru terakhir dan juga sesama kami. Walau badan terasa sangat penat, perut yang sangat penuh, namun kami tetap memanjatkan kesyukuran kerana jaulah cinta ini berakhir walaupun pada pukul 10.40 malam(maaf ya makcik pakcik,kami bawa anak perempuan makcik pakcik sampai malam.hehe).Juga kerana pelbagai manfaat dan pengalaman dapat diperoleh melaluinya ^__^

Dan hakikatnya, banyak ibrah(pengajaran) daripada Jaulah Cinta ini. Antaranya:

~ Perlunya mereka2 yang merancang program di saat ramai yang cuti. Barulah ramai yang boleh join. Baarakillah para PIC!
~ Apa yang penting? Kerjasama! Itulah salah satu tips berkonvoi. Di situ juga ada ukhuwah yang manis.
~Bertanya apabila tidak tahu. ^_~
~Ukhuwah fillah yang tidak
dapat digambarkan dengan kata2.

dan juga guru2 kita ini meninggalkan pesan:

~ Kita perlu teruskan amalan ziarah guru2. Ternyata mereka SANGAT berbesar hati menerima kunjungan kita. (InsyaAllah,ustaz dan ustazah!)
~ Di rumah guru2, kita saling bertanya mengenai keadaan masing2. Mengenai tempat belajar, usrah, keadaan sekolah, adik2, tarbiyah dan juga bab ni
kahwin(ops! sensitif).Ternyata, jaulah ini sangat terkesan di hati kerana kita bukan sahaja menziarahi tuan rumah, namun berkongsi cerita, bertanya khabar,senyum, ketawa...Subhanallah..indahnya...tarbiyah ini..

Alhamdulillah, inilah yang dapat ana kongsikan. Maaf, sekiranya ada yang terkhilaf.

Moga Allah rahmati jaulah cinta kita ini dan juga ukhuwah yang dibina seterusnya membawa kita bersama hingga ke syurga-Nya. Ameen~

Memori kita bersama. Bertemu berpisah kerana-Nya.

Jaga diri beserta iman ;]

xgen di hati,

by,ukhti cinta :)


muaz.dh.fly


the title says it all

Muaz Mazlan
Universiti al-Azhar
Ulum Islamiyah
5 tahun 
baru nak balik malaysia semula

kita sama-sama doakan yang terbaik untuk akh kita ini
semoga selamat dan sukses dalam apa juga yang dilakukan
ameen

i'm.the.only.xgen.thou...!

Next,

Hafizuddin Salamat
20hb
yeah...!


18 September 2010

cik bawang

in the name of Allah

Sejak kebelakangan ini, kedengaran riuh di ruang dapur. Mana tidaknya, semua sanak saudara datang bertandang memeriahkan suasana di pagi raya. Namun begitu, jauh di suatu sudut ceruk dapur kelihatan sebuah bakul usang yang setia perkhidmatannya.

Opps! Bukan soal bakul yang ingin diceritakan tetapi kisah menarik dari cik bawang di dalamnya. Ya, bawang namanya. Ada yang putih, merah dan besar. Pernah dengar kisah ini? Tidak mengapa, biar kisah ini membongkar sendiri satu per satu lembaran hidup cik Bawang.


Seperti yang diketahui, kehadiran cik Bawang amat dinanti-nanti oleh 'chef-chef' terkemuka di dapur. Kulitnya yang nifis menjadi salah satu dari daya tarikannya apalagi ia amat sensitif untuk dikupas. Perlukan ketelitian dan kesabaran. Akan tetapi, terdapat sebahagian dari makhluk yang bernama manusia suka mengejek dan mengata kehadiran cik Bawang dengan bau busuk yang tidak menyenangkan apabila dimakan. Ada juga yang sibuk mengata cik Bawang suka membuat mata manusia pedih dan berair.

Apakah dosanya hingga dikata sebegitu. Sedangkan mereka bukan tidak tahu bahawa jika cik Bawang tiada, pasti tidak menjadi nasi yang ingin digoreng, tidak sedap kuah soto yang dihirup berkali-kali, tak selera rendang atuk di kampung, tidak menjadi 10 juadah hidangan raya dan tidak akan terbersen si anak dek aroma masakan ibunya.

Baru-baru ini, utusan warkah dari cik Bawang menyinggah ke kotak inbox saya. Katanya:

______________________________________________________________

Wahai saudaraku,
Aku tahu hidup ini tidak selama mana. Mungkin saja ini warkahku yang terakhir. Aku berharap, sampaikanlah pesanku ini buat semua yang mengenaliku. Kadang, kita jarang melihat yang sudah berlalu. Jarang memuhasabah diri. Tapi ingatlah bahawa kita tidak akan menjadi yang kini tanpa yang lalu. Manfaatkan segala apa yang ada seperti mata, telinga, mulut, kaki dan tangan sebaiknya. Itu semua hanyalah pinjaman dan ujian dari yang Esa. Walupun cik Bawang tak ada semua itu, tapi cik Bawang ada mata hati yang sentiasa digunakan untuk bertasbih dan memujiNya. Dia yang Satu. Ini bukanlah untuk memuji diri... sekian sahaja dari Cik Bawang yang semakin lama semakin membusuk.

yang kerdil,
cik bawang
_____________________________________________________________

Itulah warkah terakhir dari cik Bawang, kini dia tiada lagi di ceruk dapur itu... di mana dia?

***

Ada kalanya, kita mudah melihat salah orang lain sedang kita masih bergelumang dengan kesalahan kita sendiri.
Jelas dapat dibaca dalam warkah di atas agar memanfaatkan anugerah yang dikurniakan Allah pada kita. Nampak simple tapi adakah kita benar2 merasai rasa syukur itu?
Adakah kita sedar bahawa ujian Allah datang saat susah dan senang. Kebanyakan dari kita mudah melihat kesusahan sebagai ujian tapi gagal menilai nikmat sebagai ujian.

Mulailah memandang, mendengar, menghidu, melangkah, mengucap bila tiba masanya. Ingat seperkara lagi, kita ini ibarat bawang yang tak lama lagi akan semakin tua, rosak, mengecut dan membusuk.

wallahu a'lam

amaran: cerita di atas hanyalah khayalan penulis sahaja. Ambillah pengajaran dari pengalamannya. afwan

16 September 2010

jaulah cinta


rumah ustazah rashidah

15.09.10, 9am-11pm :)

assalamualaikum semua. Alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. terima kasih ya Allah! di atas segalanya! dia atas segala kemudahan yang telah diberikan! di atas segala kasih sayang dan rahmat yang dilimpahkan!

Alhamdulillah. atas segala bantuanNya, program Jaulah Raya Akhawat Xgen berjaya dilaksanakan dengan jayanya [yeah!]. Jaulah Cinta ini telah menghimpunkan 23 akhawat, dan alhamdulillah, 9 rumah murobbi dan 2 rumah akhawat telah di serbu oleh kami :)

rumah ustazah norimah

ALhamdulillah. ana sangat sangat merasakan Allah bantu kami dalam menjayakan program ini. lebih kurang masa seminggu diambil untuk merancang dan menyelaraskan segalanya. dan semuanya dilakukan atas talian [online], sms dan calling2. pada hari Jaulah tersebutlah baru kami berjumpa!

bermula dari proses menetapkan tarikh, menjemput akhawat, konfirmasi akhawat yang hadir, rumah yang available untuk diserbu, transportasi dan segalanya. semuanya dibuat semasa semua orang sibuk beraya! Alhamdulillah.

rumah ustazah norizah

jadi di sini ana ingin memberikan sedikit apresiasi kepada mereka yang sangat membantu dan memberikan kerjasama yang baik untuk Jaulah ini;

ukhti faizah - yang sama sama pening kepala untuk pilih tarikh, cari rumah yang available dan semuanya.

ukhti nawal - yang banyak membantu urusan tranportasi dan hadiah cenderahati

akhawat fillah yang menjoinkan diri - ezzah, hafizah, hamizah, angah, uda, sakeenah, adek, fadzlin, wani, noraini, fatimah hanisah, nawal, faizah, nadiah, akmal, solehah, fatin nadiah, nadiah kamil, mila, uzma, auni, hidayah, sarah

rumah yang sudi diserbu - ustazah rashidah MJ, ustazah norimah, ustazah norizah, wani, ustazah husnul, ezzah, ustazah hamizah, ustaz rahim, ustaz shah, ustazah hawanis dan ustazah hanim.

sedap..

terima kasih juga atas segala hidangan yang lazat lazat belaka. lebih daripada 10 jenis makanan yang kami makan semalam :)

akhirul kalam,

Terima kasih ya Allah, kerana telah memudahkan urusan kami.
Terima kasih ya Allah, kerana telah mengikat hati hati kami.
Terima kasih ya Allah, kerana Engkau telah membuatkan kami saling menyayangi.
Hanya kepada Mu kami berharap,
kuatkanlah ikatan hati kami,
ikhlaskanlah hati hati kami dalam menyayangi,
redhailah ukhuwah kami,
jangan Kau uji ukhuwah kami atas apa yang kami tidak mampu.
kami mohon ya Allah,
jadikanlah ukhuwah kami ini,
ukhuwah yang boleh menembusi SyurgaMu.
Allahumma Ameen..


[]nantikan post yang lebih detail dari akhawat fillah yang lain :)
[] akhawat, nanti kita rancang rehlah akhawat pulak ye :)

15 September 2010

Cell Phone

14 September 2010

O.P.T.I.M.I.S


In The Name of Allah ,the most Compassionate,the most Merciful



Apa yang akan kita lakukan jika kita disuruh mengangkat batu mengikut kemampuan kita?

mungkin ada diantara kita yang cukup dgn mengambil batu yang ringan kerana merasakan kuat kt hanya setakat itu. Atau mungkin ada yang mengambil beberapa batu yang agak berat kerana merasakan kuatnya sekadar itu juga. Ada juga yang mengambil batu yang berat walaupun sebelum itu tak yakin dgn kekuatannya tapi akhirnya dicuba juga dan ternyata dia mmg kuat spt badang walaupun memang terasa beratnya, tapi dia berusaha semaksima mungkin, melakukan dgn sehabis baik.itu yg lbh pntg sbnrnya....



Ada sebuah peristiwa yang berlaku kpd seorang akh ketika mukhayyam khariji, camp commanden memerintahkan para peserta untuk berlari mengelilingi kawasan padang kawad semampu yg boleh. Maka mereka pun bergegas lari dgn perasaan yg excited(rasanya ah).


Setelah banyak pusingan,satu persatu peserta mulai berhenti kepenatan. Hingga tinggal seorang peserta yang masih terus berlari sedangkan teman-temannya yang lain sudah beristerirehat. Peserta itu terus berlari mengelilingi padang hingga akhirnya dia jatuh pengsan. Setelah sedar dia disoal siasat oleh rkn2nya, kenapa dia smgt sgt berlari sampai pengsan. Dia menjawab, dia melakukannya mengikut arahan iaitu berlari semampunya, dan dia menganggap batas kemampuannya adalah sampai dia benar-benar tak mampu atau pengsan itu.

Itulah contoh seorang yang optimis. Setiap muslim, khususnya seorang aktivis dakwah seharusnya memiliki sifat ini. Sifat untuk senantiasa bersemangat dalam setiap aktiviti yang direncana dan dalam mencapai tujuan. Optimis juga bererti tidak putus asa dalam menghadapi rintangan dan hambatan yang menghadang. Optimis juga bererti kreatif memunculkan idea-idea baru yang membangun, tentunya bkn sekadar bercakap atau ngomong bhs indonnya tapi juga bertekad melaksanakannya.

Optimis juga bermaksud berikhtiar semaksimum mgkn dgn ikhsan. Tetapi optimis bukan bererti semangat yang berlebihan hingga tak sabar dan gelabah sana sini. Optimis tetap perlu kesabaran dan tawakal, karena Allah yang menentukan bagaimana hasilnya nanti. Dan optimis juga harus diawali dengan niat yang ikhlas agar tetap istiqomah dan tidak berubah menjadi futur di tengah jalan.

Memang tidak ada manusia yang sempurna. Dan realitinya memang tidak semuanya mencapai apa yg direncanakan. Tapi sejauh mana dan sekeras apa kita berusaha untuk mencapainya. Adanya idea dan visi misi yang jelas boleh menjadi pemangkin dan memperjelas arah tujuan perjuangan kita. Dengan standart sesuatu kita blh th posisi kita dimana dalam standart tersebut dan blh membuatkan ia menjadi lebih baik lagi.

Maka janganlah kita menjadi seorang muslim yang under estimate, melemahkan potensi diri sndr dan merasa cukup dgn apa yg ada“biasa saja”.
Adakah kita tidak ingin menjadi generasi unggul?
Adakah kita cukup dgn berkata “Ah, takyah susah2 mengaji, yang penting solat, puasa, dah cukup”.
Atau “Ah, tak payah ssh2 wat dakwah, dah banyak dah pun, yang penting ikut tarbiyah, lbh baik study” dsb.
Bila diberi amanah, adakah dgn alasan yang samar2 kita akan menolaknya
Afwan, ana x bleh ah, bg kat org lain kot!” atau
"Afwan ana sibuk ni, x sempat rasanya”

Apa sbnrnya yg menghalangi kemampuan kita?

Wallahu a’lam bishawab

Pop Quiz: Ada yg bleh tembak,siapa nama akh yang dicontohkan di atas, yang lari sampai pengsan itu?(kalau x jwb pun xpe)

*Irfan bin Md Nor: pertama2nya afwan lwt post,post ni teguran utk patik jugak.


10 September 2010

menjemput AKHAWAT xgen [edited]

akhawat yang dirindui fillah, walau di mana kalian berada, sentiasalah memohon keredhaanNya.
moga Allah pertemukan kita :)


assalamualaikum.

Jemputan Ziarah Raya XGEN
[akhawat sahaja]

15.09.10
[mula 9 pagi]

rumah akhawat.
[wani.sakinah.ezzah.yaya.siapa lagi nak offer rumah?]

rumah murobbi.
[ust/z; Shah,Zanaria,Fauziah,Rashidah,Norizah dll]

JOM JOIN!
[inform sarah/faizah VIA SMS keboleh joinan antunna ye. inform sebelum 15hb]

TRANSPORT
[siapa nak menyumbang kereta, beritahu ye]

insya ALlah. doakan program ziarah kali ni berjaya dilakukan. bayaran rm2 [duit minyak.hehe]
jom kita reunion ramai ramai ye akhawat
rindu kalian :)


09 September 2010

Sedikit Kata-kata






Salam kepada semua:

sekiranya selama ini ana ada ada membuat kesilapan, tak kiralah yg ana sedar atau tak, sengaja atau tak

-harap dimaafkan segala kesilapan ana.

-ana mintak dihalalkan apa-apa shj yg mungkin ana terambil

Kepada warga X-GEN sekalian, Salam Aidilfirtri ana ucapkan kpd semoga warga x-gen yg terCINTA dan insyaAllah kita akan bertemu lagi..... juga bertemu lagi dengan bulan Ramadan Al-Mubarak pada tahun depan.

and good luck in your studies :)

sedikit tambahan: InsyaAllah, ana (dan Aimi - of course) akan mengambil EJU (Examinations for Japanese Universities) pada 14 November ni, harap dpt doakan agar kami dpt buat yg terbaik, dpt markah yg cemerlang dan dapat rezeki menyambung pelajaran ke Jepun. Jzkk byk2

ana akan bermula sesi offline sehingga tamat EJU 14 Nov ni, kalau ada apa2 nk disampaikan, sila guna SMS ye, no ana still 016-7765107

Wslm.


X-GEN と一緒に世界を揺らそう
X-GEN to isshoni sekai o yurasou

[ X-GEN Bersama Menggegar Dunia ]



P/S: sebenarnya ana dah post mesej ni kat yahoogroups, tapi entah kenapa macam tak berjaya di-send....


08 September 2010

ekstrak musik~

......






di taylors... ana belajar satu subjek yg diberi nama esl atau english as 2nd language...

salah satu silibus yang perlu dilalui dlm subjek ini adalah 'text production'...

dlm text production... kami perlu analyse apa2 movie, music, poem, short stories, dan script utk menghasilkan sebuah text yang berkaitan dgn bahan tersebut...

...

bila ana mula analyse music dlm kelas... ana rasa ia satu idea yang menarik yg boleh dibuat dlm usrah !

extrak musik merupakan salah satu aktiviti yang telah lama dilakukan oleh para ikhwah dan akhwat semasa membawa usrah di ipt...

dalam aktiviti ini... anak buah akan memilih satu lagu atau audio utk dibedah atau diekstrak pengajaran darinya...

jadi, setelah membuat persiapan selama seminggu... anak buah perlu memasang lagu tersebut di dalam usrah mendengar bersama2 naqib yang terlibat... juga memberikan hand-out iaitu lirik lagu kepada ahli2 usrah yg lain utk rujukan mereka...

kemudian anak usrah perlu memulakan perbincangan bersama2 ahli2 usrah yg lain agar lagu tersebut dapat dikupas dgn baik dan teratur...

antara kelebihan aktiviti ini adalah :

1- ringan, tidak berat utk dibincangkan
2- menarik, ikut cita rasa anak buah - tak boring
3- sesuai melatih anak buah yang jarang bercakap (cam ana)

antara objektif agenda 'ekstrak musik' :

1- memberikan ruh lagu kepada anak2 usrah - khususnya nasyid yg membina - supaya bila diorg dgr nasyid, tak lah kosong je pikiran kan ?

2- utk menunjukkan bahaya musik jika memilih tanpa berfikir...

sesi 'ekstrak musik' boleh dilakukan 2 orang setiap minggu (kalan anak buah ramai)... satu musik yang baik... satu lagi musik yang tidak baik...

contoh 1 (musik yang baik) :


Jika Terakhir Buatku
Artis: Saujana
Album: Nota Cinta


oh Tuhan hambaMu ini kekeliruan
sukar mencari jalan yang benar
kerna dipaut hasut dunia
mencintai yang lain lebih dariMu

oh Tuhan hidayahMu pernah hadir
hingga kering air mataku menitis
namun terkadang aku berpaling
kerna mengejar nikmat dunia sementara

hari ini ku bimbangi
jika terakhir hidup
adakah lagi subuh esok
untukku bernafas
dan sujud mengabdi
padaMu oh Tuhan

berikan daku kesempatan
menebus kesalahan
lantaran dosa dan noda
dan sengaja melupakanMu
hadirkan damai sebelum di hujung nafasku
hanya padaMu Tuhan

oh Tuhan berikan daku petunjukMu
untukku meniti ke jalan redhaMu
izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru
taubat nasuha setulus untukMu
oh tuhan...

hanya kasihMu Tuhan
ampunanMu ku damba

apa yang boleh di ekstrak :

rangkap 1 dan 2

-kekeliruan seorang hamba
-mencari hidayah
-bahaya dunia kalau dah menguasai hati
- kaitkan dgn kepentingan 'hati'
- mahalnya 'hidayah ' ALLAH - kaitkan dgn abu talib(bapa saudara Rasulullah)
- mahal sebuah titisan air mata seorang hamba yang menangis kerana ALLAH...
link 1
link 2
link 3
-iman manusia yang sentiasa berbolak balik - perkatan qulub

rangkap 3 dan 4

- mengisahkan seorang hamba yang benar2 ingan kembali ke pangkal jalan
- sangat risau kalau2 dia akan mati esok - takut tak de subuh utk die esok...
-kaitkan dgn kepentingan mengingati mati
link 1
link 2
- seorang hamba yang ingin sekali mati dgn tenang dalam iman dan taqwa kepada NYA...
- pernah kita pikir cam ne kita mati nnt ?
- bila kali terakhik kita sujud kpd ALLAH ?

rangkap 4 dan 6 pikir la sendiri ye...

contoh 2 (musik yang tidak baik)

imagine

Imagine there's no Heaven
It's easy if you try
No hell below us
Above us only sky
Imagine all the people
Living for today

Imagine there's no countries
It isn't hard to do
Nothing to kill or die for
And no religion too
Imagine all the people
Living life in peace

You may say that I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will be as one

Imagine no possessions
I wonder if you can
No need for greed or hunger
A brotherhood of man
Imagine all the people
Sharing all the world

You may say that I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will live as one

overall ;

- musik ini membawa satu ideologi yang bahaya utk umat islam
- mendorong kesatuan manusia tanpa sempadan agama... "And no religion too"
- dan persuade umat islam utk mengikuti ideologi ini...
"You may say that I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will be as one"

-imagine dan karl marx
link 1
link 2

- ghazwatul fikr(serangan pemikiran)
-boleh kaitkan dgn gejala murtad di malaysia - fakta dan statistik...


...

ini hanyalah contoh2 yang boleh digunakan dalam sesi 'ekstrak musik'... dan ana pasti ikhwah dan akhawat pasti ada point yang berbeza dan lebih baik...

ana tau ada sesetengah pihak yang menentang idea ini... terpulang bagaimana individu menilai...

seni itu akan buta bila mata hati dibutakan~

ayuh meriahkan usrah anda !!!

06 September 2010

BILA MAGIC MULA DI'SPREAD'KAN ^_^

With the name of Allah.
Assalamualaikum :)

Orang kata ‘sharing is caring’. Entah,betul ke tak. Saya mengiyakan aje.
Kurang sebulan dah nak balik Mesir.Ada benda nak share dengan readers kesayangan semua ^_^
Saje buat kelainan, kasi ala-ala cerpen sekolah menengah zaman PMR. Dah lama tak tulis esei.Main aci redah je dengan tatabahasa tunggang terbalik. Halal kan je ye kesalahan2 ni. Musim sekolah katakan, ada masa nak menghadap laptop lama2, bolehlaa baca lama2 :D

Watak,nama tempat,apa-apa di bawah ni diadaptasi daripada kisah benar.Cuma tukar watak,cara perbualan,tempat. Mesej yang nak disampaikan sama~

Mesej yang nak disampaikan.. insyaAllah post akan datang :)

****************************************************************************************************

Suasana malam di Mesir yang nyaman diganggu dengan bunyi hon kenderaan-kenderaan yang tak pernah henti.Memang bagus orang Arab Mesir ni,tak putus asa untuk hon kenderaan masing-masing sampai macam-macam bunyi keluar.Kadang-kadang bunyi lagu orang jual aiskrim kat Malaysia pun ada. Tapi itu dah memang style kat Mesir terutama kat Mansoura.Kat Mesir mana ada traffic light, ada pun kat beberapa tempat.Sebab tulah pak Arab Mesir guna hon .Bijak..bijak..

Pintu bilik no.7 dalam apartment blok Z dibuka dengan ganas. Takde salam, takde ketukan pintu.

“Azwa!!!! Tension baca buku embryology yang merepek ni.Habis khatam buku teks gam’ah 3 kali, tapi tak faham apa-apa lagi. Macam mana ni?” Nur yang masuk ke dalam bilik Azwa secara mengejut tadi merungut.

Azwa yang dah biasa dengan situasi orang yang suka main acih redah bilik dia, buat muka biasa je. Azwa yang sedang membaca buku teks Embryology gam’ah pun menutup bukunya, lalu memandang wajah kawan kesayangannya itu.

“Nur ,kita 2 kali 5 laa Nur. Awak baru satu, kita ni yang 3 references books baca, haru biru otak. Buku teks gam’ah, buku teks Alexandria university, nota Alexandria university.Sama-samalah kita sabar ek. Bacalah sampai 100 kali. Pendapat kita kan..maybe sebab hati kotor kan. Sebab teringat pesan guru Imam Syafie’ pada Imam Imam Syafie’ yang dia kata ‘Imu tu cahaya dan cahaya tu takkan masuk ke dalam hati orang yang membuat maksiat.’ Dosa tu maksiat jugak.”

“Azwa,awak kalau nasihat..kalah ustazah. Eh Azwa,kita peliklaa..apesal awak tak pernah bagi tahu nama penuh sekolah bila orang tanye eh?” Soal Nur.

“Eik? Selama ni kita cakap je..sekolah agama” azwa jawab dengan kening terangkat sebelah.Pelik.

“ ha.ha.ha..kalau ada kelas bahasa melayu kat gam’ah mesti sah2 kau fail! Itu bukan nama penuhlaa”

“yelaa,yelaa..Sekolah Menengah Islam Hidayah” jawab azwa acuh tak acuh

“Wohoo. Kau mesti baik ‘gileer’ kan. Sekolah agama tu.Mesti hukum hakam kau dah khatam.Ayat al-Qur’an mesti dah banyak hafal.Tapi kenapa payah sangat awak nak sebut nama sekolah bila orang tanya?”

“mmmmmm….soalan tu tak masuk final exam kan? So, kalau kita tak jawab takpekan.hehe” Azwa memang suka larikan diri bila orang cuba tanya background dirinya.Sebab dah bosan dengan label yang orang kasi pada dia macam-macam.

“ Argh~ susah betul nak cakap dengan orang spesis tarik-tarik tali ni!” rungut Nur.

Suasana diam.Diteman bunyi hon kenderaan di luar apartment.D-I-A-M.Mungkin ini yang terbaik untuk sekarang.

“Nur, tapi kita sebenarnya kita tak cukup baik lagi.” Suara Azwa memecah kesunyian

“Ha.ha.ha..lawak spesis apa ni azwa.”

“Orang serius ni,Nur.Tak main-main. Ok,kenapa awak cakap kita baik?” Azwa mahu tanya pendapat telus kawannya.

“hmm..backround sekolah agama, pakai tudung labuh, tak bergaul bebas”

“Itu aje pendapat tentang baik bagi awak?”

“Dah tu nak apa lagi?”

“Hmmm…”

Ok.Macam dah masuk scene curhat je ni. Naqibah kata, kalau dah orang boleh tarik, kita tarik cepat-cepat. Fikir si Azwa.

Suasana malam menjadi saksi perbualan antara 2 kawan.

“Boleh tak guna 'aku' 'kau'.Rasa macam sesuai untuk kita berdua kalau bab-bab nak curhat ni” kata Azwa.

“Haha.aku no hal.kau tue jelaa yang nak jaga adab sangat. Nak jaga adab itu laa, adab inilaa. Relakslaa sis, aku tahu kau nak jaga adab tapi….”

“Ok.ok.kau kalau dah bebel,mahu bengkak bernanah telinga aku.Hehe.Just kidding,ey.Jangan marah."

Azwa pergi ke meja study lalu mengambil al-Qur'an tafsir dan duduk di sebelah Nur.

“Nur, ni pendapat aku.Pendapat tentang maksud baik yang aku dapat masa join daurah winter break kat Ma’adi,Cairo.Cuba kau tengok ayat Qur’an ni ..dua,dua kosong lapan.Maksud aku surah kedua ayat dua ratus lapan. Ha..dalam ayat ni secara kasarnya yang aku nak explain kat kau......selagimana kita tak masuk dalam Islam secara total 100%, maka aku tak baik lagi.titik.” Azwa membuka ayat al-Quran yang dimaksudkan.

“Jelaskan,please. Macam samar-samar lagi pendirian kau tu” rayu Nur

“Hmm..kau tolong ambilkan novel yang Hlovate tulis tu..VERSUS tajuk dia.Kat almari kecik belakang kau tu.”

Pantas Nur mengambil dan menyerahkan kepada Azwa. Azwa membelek helaian novel tersebut dengan pantas dan khusyu’. Nur kepelikan.

“Nah, kau baca page 157 sampai 158 ni. Baca senyap,hayati. Masyi?”

“Masyi!”

Logik mudah. Hanya manusia sebagai hamba yang selalu leka, tak sedar. Sungguh la iman tu sentiasa turun naik. Sebab tu bukan senang nak jadi baik. Teringat pula pada perbualannya dengan Hairi suatu ketika dulu. Pasal nak jadi baik ni la.

“Macam mana nak jadi baik?” Dia yang mengajukan soalan. Masa tu mereka sama-sama menunggu kereta api di Central Station. Nak menuju ke Banktown Mosque.

Hairi diam sejenak. “Untuk jawab soalan tu aku rasa it’s best to define ‘baik’ tu dulu.” Dia menutup From Beirut to Jerusalem di tangannya. “Baik tu apa?” Giliran AO pula yang ditanya.

Huh. “Baik tu baik la.” Dahi AO berkerut. Nak explain macam mana lagi dah? Hairi ni pun…

“Bagi aku, sesiapa yang beriman dengan Allah tu ‘baik’.” Mudah bagi Hairi member definisinya.

“Okey…”

“Beriman dengan Allah tu macam mana?” Hairi bertanya lagi. “kalau ikut kau, kau rasa apa yang kau faham dengan statement tu?”

“Apabila buat semua yang Allah suruh dan tinggalkan semua yang Dia larang?” Teragak-agak AO menjawab. Nak berlawan soal jawab dengan Hairi ni bukan boleh main-main. Hairi ni budak baca kitab, ilmu tinggi. Bukan baca majalah bukan-bukan macam dia.

Hairi angguk sambil memasukkan From Beirut to Jerusalem ke dalam backpack. “Betul, Couldn’t ay it better myself.” Pandangannya dialih daripada rel kereta api kea rah teman di sebelah. “Hence, kalau selagi ada benda yang tak settle, tu namanya belum cukup baik lagi tu”

“Vague.” AO menuturkan sepatah. Tak faham. Ayat Hairi tu maksudnya luas sangat nak dicerna.

“Kalau seorang perempuan tu pakai tudung tapi tak solat, belum cukup baik lagi.” Hairi member contoh mudah. “Sama juga kalau solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi.”
“Hmm…”
“Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut, tak cukup baik lagi. Atau kalau cukup solat lima waktu sehari semalam tapi pegan angan anak dara orang yang bukan mahram sesuka hati, tu belum cukup baik lagi.”

Macam tu….

“Sebab Allah dah kata, ya ayyuhallazina aamanudkhulu fissilmi kaafah. It’s in al-Baqarah ayat 208. Maksudnya kalau nak ditafsirkan secara kasar, Allah kata ‘masuklah kamu ke dalam Islam secara sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata.’ Maknanya tak boleh la nak practice Islam tu secara juz’ie. Secara berjuzuk-juzuk. Mana yang kita nak buat, kita buat. Mana yang rasa tak nak buat kita redah langgar je. Tak jadi la kalau macam tu. Selagi tak embrance Islam tu penuh, tak cukup baik la kiranya.”

Dah bunyi macam susah sangat la pulak nak jadi baik ni. AO menuturkan sendiri dalam hati.

“It’s about masuk ke dalam Islam secara seluruhnya.” Hairi menuturkan denga sneyum segaris. “Then THAT is ‘baik’. Tu kira aku punya definisi yang aku pegang la. Dan kalau nak diikutkan, aku pun belum cukup baik lagi. Tapi berusaha ke arah itu. Dan kita kena ingat. Allah tengok usaha, bukanna natijah atau hasil”

“Azwa.done!” suara Nur yang girang mengejutkan Azwa.

“Jadi sekarang kau faham apa yang aku nak sampaikan dengan surat cinta Allah dalam surah al-Baqarah, surah kedua ayat dua kosong lapan tu?”

“Faham. Tapi sebelum ko nak sambung study Embryology tu aku nak tanya ko last question. Kenapa kau masih nak jadi baik sedangkan bagi aku,kau baik”

Azwa menghela nafas.

“Bagi aku VERSUS tu kejap..” novel VERSUS bertukar tangan.Azwa belek helaian novel VERSUS. Bukan susah bagi Azwa untuk cari page yang dia nak kasi Nur baca. Hampir suku novel tu kertasnya dilipat.Maksudnya,page tu ada benda yang menarik.Dah macam baca buku sejarah versi zaman SPM dulu laa pulak.

“Nah,ko baca baca page 143 ni. Nama Australia tu kau gantikan dengan Mesir. Nama AO atau Asyraff Omar tu kau gantikan dengan diri aku. Kau bayangkan sekejap diri kau dalam diri aku.Nanti kau jumpalah jawapan kenapa aku nak jadi ‘baik’ versi yang aku faham selama hidup kat Malaysia dengan versi yang aku dapat masa tersedar daripada kesilapan aku kat Mesir.” Azwa tersenyum walalupun hati dia tiba-tiba diselubungi rasa sebak.

“Orait,boss!”

Siapa yang menyangka?
Di bumi ini rupanya dia berjumpa dengan insan yang membimbing jalannya dalam mencari Yang Maha Esa.

Siapa yang menyangka?
Rupanya dengan melangkah ke benua baru dia sebenarnya ‘lahir’ dan belajar semula menjadi manusia dan Muslim yang bukan hanya pada nama.

Siapa yang menyangka?
Di bumi yang dikelilingi bukan Muslim pula dia belajar erti Islam dan Muslim yang sebenar.

Siapa yang menyangka?
Jika seketika dulu sebelum dia terbang ke benua koala ini dia menyangka dia telah berubah menjadi Ashraff Omar yang kononnya ‘baik’, bandingan itu hanya sebesar kuman pada definisi ‘baik’ yang mengikut erti hukum Allah sepenuhnya. Sungguhlah. Definisi ‘baik’ yang diletak oleh manusia tak sama dengan definisi ‘baik’ yang telah tertulis oleh hukum Tuhan.

“Azwa,maksud kau..”

“Nur,kalau kau betul2 hayati perenggan terakhir page tadi tu, kau mesti faham apa aku rasa. Dulu-dulu aku sangkakan aku dah cukup baik,rupanya belum.Kalau ikut definisi baik manusia..setakat sekolah agama, boleh jadi imam..itu aku lulus. Tapi kalau masuk ke dalam Islam secar 100%, aku masih gagal. Sebabnya masih banyak lagi karat-karat benda jahiliyyah dalam diri aku. Jahiliyyah tu apa..jahiliyyah tu benda apa2 yang selain daripada yang Islam ajar kita.Macam mengumpat,bersangka buruk, pergaulan bebas, solat di akhir waktu..” Azwa menjawab sambil mengimbas kenangan masa lampau.

“Nur, semua novel karya Hlovate tu sentimental value bagi aku. Aku sayang tak terkata. Bila aku baca novel dia especially VERSUS dan Rooftop Rant, aku tak takut untuk berubah walaupun sakit sangat nak berubah jadi baik ikut definisi al-baqarah 208. Lebih-lebih lagi aku hidup jauh dari kawan2 sekolah menengah kesayangan aku.. rasa takde kawan bual.Cuma novel tu je penguat aku. Aku yakin,ada orang lain yang sama-sama nak berubah pun rasa sakit juga. Kalau kau rasa VERSUS tu best. Kau amiklah terus.”

“Wei! Ni kan novel kesayangan kau...tak nak aku amik!" Nur menolak.

“Ambik jelaa.Balik Malaysia nanti aku boleh beli lagi. No hal.”

“Azwa…ni soalan paling last…………hehe"

“Apa dia~~~~~~”

“Apesal bila aku tanyakau soalan, kau tak jawab sangat. Tapi kau suruh VERSUS pulak yang jawab.”

“Kau nak tahu sangat? First, sebab watak dalam novel tu dia masuk dalam jiwa aku. Kau bayangkanlaa aku boleh tangkap leleh masa baca Rooftop Rant. VERSUS ni aku bergenang air mata je. Second, sebabnye aku nak spread magic Hlovate kat kau pula. Third, SEBAB AKU NAK BLAJA. Kau ni kan Nur, main acih redah aje masuk bilik orang tak bagi salam.”

“hahaha. Jangan marah kawan... Okey, aku balik rumah aku dulu. Azwa….”

“Hmm..apa lagi,Nur?”

“Dalam novel VERSUS ni quote apa yang paling kau suka? Saje tanya..hehe”

Azwa ambil VERSUS daripada tangan Nur semula dan belek page yang berkenaan.

“Banyak je yang aku suka.Macam…”

“Ni page 327.. ‘Sungguh…untuk berubah itu bukan mudah.Nak cuba meletakkan gerabak hidup di atas landasan al-Quran dan sunah tu memang payah. Tapi perlu yakin Allah tengok usaha,bukan natijah.’
Ada lagi page 301.. ‘ You can’t control your emotion. But you can always control your action.’
Page 228 .. quote daripada Ol’Joe..dia kata ‘ you’ll never reach perfection because there’s always room for improvement. Yet, along the way to perfection you’ll learn to get better.’
Page 103 ni.. ‘ Versus ey? Versus… The hardest battle is when you’re against yourself.’
Ada quote. ‘Doa tu wireless dan coverage dia masuk satu universe’ tapi aku tak jmpa page mana.
Banyak je ni quote yang aku suka.Kertas yang aku lipat hujung bucu tu,semua aku suka.Kau baca je.”

“ Yang paling kau suka?” Nur bertanya lagi.

“Haha.kau ni banyak tanyalaa. Hmm..aku nak tangkap leleh masa baca page 75..Aku terasa dengan part kat page tu sebab aku alami sendiri.Ha..ni dia.. ‘meninggalkan dirinya yang duu bukan mudah. Pahit,payah dan menyeksakan! Bergelak ketawa dan riang gembira perlu dipaksa. Untuk sampai ke tahap ini memang telah banyak dia berkorban. Terlalu banyak. Apabila tiba-tiba ditarik kembali ke dunia yang ditinggalnya dulu…sakit”
Dan kat page 270, ni part yang memang aku paling terasa sebaklaa.Sebab kalau kau betul-betul nak berubah ikut definisi baik kat surah al-Baqarah 208, kau akan rasa..ni ha.. ‘ C’mon,Minn. You’ve made it through from being an Ed’Sassin to a Minn. Why stop from being a better Minn? Tapi payah. Tubuh direbahkan ke katil sebelah gulungan-gulungan poster. Daripada Ed’Sassin kepada Minn tu harganya memang sakit dnegan air mata yang tak dapat nak dikira. Tapi you managed.Bukan 100%. Better to have something than nothing.Easier said than done.Never say die before you try. There’s always room for improvement before you reach perfection. Even ol’Joe dengan Sun pun cakap macam tu. Mampu ke aku? Insya-Allah. He will lead. Allah dah ketuk pintu hati, jangan sampai nanti Dia merajuk tak nak ketuk pintu hati kita lagi.Go,girl.’ Hmm.. 2 pages ni laa yang paling aku tangkap leleh,Nur.” Azwa senyum dengan matanya memandang Nur.”

“Hmm..terkesima aku. Tak boleh nak cakap apa.Memang betul apa yang Hlovate tulis tu."

"Hehe.sebab tu aku suka karya Hlovate.Nasihat-nasihat dia berpijak di bumi yang nyata.Sesuai untuk spesis aku yang kurang baik ni"

"Okeylaa Azwa..aku balik dulu.Novel ni aku amik eh.Nak baca.."

“Ok. Take care yeah! Kau tahu kan aku sayang kau. Jangan takut untuk berubah ye.” Ikhlas hatinya nak mengajak kawan ke jalan sebenar.

“Aku pun sayang kau. Azwa……..~~~~~~~~~~~~~~~”

“Hmm..apasal kau panggil nama aku sampai 8 harakat tu..”

“Nak jatuh rahang aku bila kau boleh cakap “aku” “engkau”..hahahha…” gelak Nur.

“Apesal,kau jakon? Dah,dah. Lepas ni takde “Aku” “engkau”. Aku guna biasanya bila doa dan monolog sendiri je~ Ni kira special kes je dengan kau.Dah,dah..pergi study.”

Done!


Kamus

gam'ah (bahasa Arab 'Ammi Mesir) - Universiti
Embryology - Subjek Medic. Belajar tentang janin dalam perur.
[susah.susah. -__- Memang betul,Allah ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Sungguh kompleks rupanya penciptaan manusia]
Masyi (bahasa Arab 'Ammi Mesir) - ok / baik
Juz'ie -sikit
Curhat -CURahan HATi

Related Posts with Thumbnails