06 September 2010

BILA MAGIC MULA DI'SPREAD'KAN ^_^

With the name of Allah.
Assalamualaikum :)

Orang kata ‘sharing is caring’. Entah,betul ke tak. Saya mengiyakan aje.
Kurang sebulan dah nak balik Mesir.Ada benda nak share dengan readers kesayangan semua ^_^
Saje buat kelainan, kasi ala-ala cerpen sekolah menengah zaman PMR. Dah lama tak tulis esei.Main aci redah je dengan tatabahasa tunggang terbalik. Halal kan je ye kesalahan2 ni. Musim sekolah katakan, ada masa nak menghadap laptop lama2, bolehlaa baca lama2 :D

Watak,nama tempat,apa-apa di bawah ni diadaptasi daripada kisah benar.Cuma tukar watak,cara perbualan,tempat. Mesej yang nak disampaikan sama~

Mesej yang nak disampaikan.. insyaAllah post akan datang :)

****************************************************************************************************

Suasana malam di Mesir yang nyaman diganggu dengan bunyi hon kenderaan-kenderaan yang tak pernah henti.Memang bagus orang Arab Mesir ni,tak putus asa untuk hon kenderaan masing-masing sampai macam-macam bunyi keluar.Kadang-kadang bunyi lagu orang jual aiskrim kat Malaysia pun ada. Tapi itu dah memang style kat Mesir terutama kat Mansoura.Kat Mesir mana ada traffic light, ada pun kat beberapa tempat.Sebab tulah pak Arab Mesir guna hon .Bijak..bijak..

Pintu bilik no.7 dalam apartment blok Z dibuka dengan ganas. Takde salam, takde ketukan pintu.

“Azwa!!!! Tension baca buku embryology yang merepek ni.Habis khatam buku teks gam’ah 3 kali, tapi tak faham apa-apa lagi. Macam mana ni?” Nur yang masuk ke dalam bilik Azwa secara mengejut tadi merungut.

Azwa yang dah biasa dengan situasi orang yang suka main acih redah bilik dia, buat muka biasa je. Azwa yang sedang membaca buku teks Embryology gam’ah pun menutup bukunya, lalu memandang wajah kawan kesayangannya itu.

“Nur ,kita 2 kali 5 laa Nur. Awak baru satu, kita ni yang 3 references books baca, haru biru otak. Buku teks gam’ah, buku teks Alexandria university, nota Alexandria university.Sama-samalah kita sabar ek. Bacalah sampai 100 kali. Pendapat kita kan..maybe sebab hati kotor kan. Sebab teringat pesan guru Imam Syafie’ pada Imam Imam Syafie’ yang dia kata ‘Imu tu cahaya dan cahaya tu takkan masuk ke dalam hati orang yang membuat maksiat.’ Dosa tu maksiat jugak.”

“Azwa,awak kalau nasihat..kalah ustazah. Eh Azwa,kita peliklaa..apesal awak tak pernah bagi tahu nama penuh sekolah bila orang tanye eh?” Soal Nur.

“Eik? Selama ni kita cakap je..sekolah agama” azwa jawab dengan kening terangkat sebelah.Pelik.

“ ha.ha.ha..kalau ada kelas bahasa melayu kat gam’ah mesti sah2 kau fail! Itu bukan nama penuhlaa”

“yelaa,yelaa..Sekolah Menengah Islam Hidayah” jawab azwa acuh tak acuh

“Wohoo. Kau mesti baik ‘gileer’ kan. Sekolah agama tu.Mesti hukum hakam kau dah khatam.Ayat al-Qur’an mesti dah banyak hafal.Tapi kenapa payah sangat awak nak sebut nama sekolah bila orang tanya?”

“mmmmmm….soalan tu tak masuk final exam kan? So, kalau kita tak jawab takpekan.hehe” Azwa memang suka larikan diri bila orang cuba tanya background dirinya.Sebab dah bosan dengan label yang orang kasi pada dia macam-macam.

“ Argh~ susah betul nak cakap dengan orang spesis tarik-tarik tali ni!” rungut Nur.

Suasana diam.Diteman bunyi hon kenderaan di luar apartment.D-I-A-M.Mungkin ini yang terbaik untuk sekarang.

“Nur, tapi kita sebenarnya kita tak cukup baik lagi.” Suara Azwa memecah kesunyian

“Ha.ha.ha..lawak spesis apa ni azwa.”

“Orang serius ni,Nur.Tak main-main. Ok,kenapa awak cakap kita baik?” Azwa mahu tanya pendapat telus kawannya.

“hmm..backround sekolah agama, pakai tudung labuh, tak bergaul bebas”

“Itu aje pendapat tentang baik bagi awak?”

“Dah tu nak apa lagi?”

“Hmmm…”

Ok.Macam dah masuk scene curhat je ni. Naqibah kata, kalau dah orang boleh tarik, kita tarik cepat-cepat. Fikir si Azwa.

Suasana malam menjadi saksi perbualan antara 2 kawan.

“Boleh tak guna 'aku' 'kau'.Rasa macam sesuai untuk kita berdua kalau bab-bab nak curhat ni” kata Azwa.

“Haha.aku no hal.kau tue jelaa yang nak jaga adab sangat. Nak jaga adab itu laa, adab inilaa. Relakslaa sis, aku tahu kau nak jaga adab tapi….”

“Ok.ok.kau kalau dah bebel,mahu bengkak bernanah telinga aku.Hehe.Just kidding,ey.Jangan marah."

Azwa pergi ke meja study lalu mengambil al-Qur'an tafsir dan duduk di sebelah Nur.

“Nur, ni pendapat aku.Pendapat tentang maksud baik yang aku dapat masa join daurah winter break kat Ma’adi,Cairo.Cuba kau tengok ayat Qur’an ni ..dua,dua kosong lapan.Maksud aku surah kedua ayat dua ratus lapan. Ha..dalam ayat ni secara kasarnya yang aku nak explain kat kau......selagimana kita tak masuk dalam Islam secara total 100%, maka aku tak baik lagi.titik.” Azwa membuka ayat al-Quran yang dimaksudkan.

“Jelaskan,please. Macam samar-samar lagi pendirian kau tu” rayu Nur

“Hmm..kau tolong ambilkan novel yang Hlovate tulis tu..VERSUS tajuk dia.Kat almari kecik belakang kau tu.”

Pantas Nur mengambil dan menyerahkan kepada Azwa. Azwa membelek helaian novel tersebut dengan pantas dan khusyu’. Nur kepelikan.

“Nah, kau baca page 157 sampai 158 ni. Baca senyap,hayati. Masyi?”

“Masyi!”

Logik mudah. Hanya manusia sebagai hamba yang selalu leka, tak sedar. Sungguh la iman tu sentiasa turun naik. Sebab tu bukan senang nak jadi baik. Teringat pula pada perbualannya dengan Hairi suatu ketika dulu. Pasal nak jadi baik ni la.

“Macam mana nak jadi baik?” Dia yang mengajukan soalan. Masa tu mereka sama-sama menunggu kereta api di Central Station. Nak menuju ke Banktown Mosque.

Hairi diam sejenak. “Untuk jawab soalan tu aku rasa it’s best to define ‘baik’ tu dulu.” Dia menutup From Beirut to Jerusalem di tangannya. “Baik tu apa?” Giliran AO pula yang ditanya.

Huh. “Baik tu baik la.” Dahi AO berkerut. Nak explain macam mana lagi dah? Hairi ni pun…

“Bagi aku, sesiapa yang beriman dengan Allah tu ‘baik’.” Mudah bagi Hairi member definisinya.

“Okey…”

“Beriman dengan Allah tu macam mana?” Hairi bertanya lagi. “kalau ikut kau, kau rasa apa yang kau faham dengan statement tu?”

“Apabila buat semua yang Allah suruh dan tinggalkan semua yang Dia larang?” Teragak-agak AO menjawab. Nak berlawan soal jawab dengan Hairi ni bukan boleh main-main. Hairi ni budak baca kitab, ilmu tinggi. Bukan baca majalah bukan-bukan macam dia.

Hairi angguk sambil memasukkan From Beirut to Jerusalem ke dalam backpack. “Betul, Couldn’t ay it better myself.” Pandangannya dialih daripada rel kereta api kea rah teman di sebelah. “Hence, kalau selagi ada benda yang tak settle, tu namanya belum cukup baik lagi tu”

“Vague.” AO menuturkan sepatah. Tak faham. Ayat Hairi tu maksudnya luas sangat nak dicerna.

“Kalau seorang perempuan tu pakai tudung tapi tak solat, belum cukup baik lagi.” Hairi member contoh mudah. “Sama juga kalau solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi.”
“Hmm…”
“Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut, tak cukup baik lagi. Atau kalau cukup solat lima waktu sehari semalam tapi pegan angan anak dara orang yang bukan mahram sesuka hati, tu belum cukup baik lagi.”

Macam tu….

“Sebab Allah dah kata, ya ayyuhallazina aamanudkhulu fissilmi kaafah. It’s in al-Baqarah ayat 208. Maksudnya kalau nak ditafsirkan secara kasar, Allah kata ‘masuklah kamu ke dalam Islam secara sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata.’ Maknanya tak boleh la nak practice Islam tu secara juz’ie. Secara berjuzuk-juzuk. Mana yang kita nak buat, kita buat. Mana yang rasa tak nak buat kita redah langgar je. Tak jadi la kalau macam tu. Selagi tak embrance Islam tu penuh, tak cukup baik la kiranya.”

Dah bunyi macam susah sangat la pulak nak jadi baik ni. AO menuturkan sendiri dalam hati.

“It’s about masuk ke dalam Islam secara seluruhnya.” Hairi menuturkan denga sneyum segaris. “Then THAT is ‘baik’. Tu kira aku punya definisi yang aku pegang la. Dan kalau nak diikutkan, aku pun belum cukup baik lagi. Tapi berusaha ke arah itu. Dan kita kena ingat. Allah tengok usaha, bukanna natijah atau hasil”

“Azwa.done!” suara Nur yang girang mengejutkan Azwa.

“Jadi sekarang kau faham apa yang aku nak sampaikan dengan surat cinta Allah dalam surah al-Baqarah, surah kedua ayat dua kosong lapan tu?”

“Faham. Tapi sebelum ko nak sambung study Embryology tu aku nak tanya ko last question. Kenapa kau masih nak jadi baik sedangkan bagi aku,kau baik”

Azwa menghela nafas.

“Bagi aku VERSUS tu kejap..” novel VERSUS bertukar tangan.Azwa belek helaian novel VERSUS. Bukan susah bagi Azwa untuk cari page yang dia nak kasi Nur baca. Hampir suku novel tu kertasnya dilipat.Maksudnya,page tu ada benda yang menarik.Dah macam baca buku sejarah versi zaman SPM dulu laa pulak.

“Nah,ko baca baca page 143 ni. Nama Australia tu kau gantikan dengan Mesir. Nama AO atau Asyraff Omar tu kau gantikan dengan diri aku. Kau bayangkan sekejap diri kau dalam diri aku.Nanti kau jumpalah jawapan kenapa aku nak jadi ‘baik’ versi yang aku faham selama hidup kat Malaysia dengan versi yang aku dapat masa tersedar daripada kesilapan aku kat Mesir.” Azwa tersenyum walalupun hati dia tiba-tiba diselubungi rasa sebak.

“Orait,boss!”

Siapa yang menyangka?
Di bumi ini rupanya dia berjumpa dengan insan yang membimbing jalannya dalam mencari Yang Maha Esa.

Siapa yang menyangka?
Rupanya dengan melangkah ke benua baru dia sebenarnya ‘lahir’ dan belajar semula menjadi manusia dan Muslim yang bukan hanya pada nama.

Siapa yang menyangka?
Di bumi yang dikelilingi bukan Muslim pula dia belajar erti Islam dan Muslim yang sebenar.

Siapa yang menyangka?
Jika seketika dulu sebelum dia terbang ke benua koala ini dia menyangka dia telah berubah menjadi Ashraff Omar yang kononnya ‘baik’, bandingan itu hanya sebesar kuman pada definisi ‘baik’ yang mengikut erti hukum Allah sepenuhnya. Sungguhlah. Definisi ‘baik’ yang diletak oleh manusia tak sama dengan definisi ‘baik’ yang telah tertulis oleh hukum Tuhan.

“Azwa,maksud kau..”

“Nur,kalau kau betul2 hayati perenggan terakhir page tadi tu, kau mesti faham apa aku rasa. Dulu-dulu aku sangkakan aku dah cukup baik,rupanya belum.Kalau ikut definisi baik manusia..setakat sekolah agama, boleh jadi imam..itu aku lulus. Tapi kalau masuk ke dalam Islam secar 100%, aku masih gagal. Sebabnya masih banyak lagi karat-karat benda jahiliyyah dalam diri aku. Jahiliyyah tu apa..jahiliyyah tu benda apa2 yang selain daripada yang Islam ajar kita.Macam mengumpat,bersangka buruk, pergaulan bebas, solat di akhir waktu..” Azwa menjawab sambil mengimbas kenangan masa lampau.

“Nur, semua novel karya Hlovate tu sentimental value bagi aku. Aku sayang tak terkata. Bila aku baca novel dia especially VERSUS dan Rooftop Rant, aku tak takut untuk berubah walaupun sakit sangat nak berubah jadi baik ikut definisi al-baqarah 208. Lebih-lebih lagi aku hidup jauh dari kawan2 sekolah menengah kesayangan aku.. rasa takde kawan bual.Cuma novel tu je penguat aku. Aku yakin,ada orang lain yang sama-sama nak berubah pun rasa sakit juga. Kalau kau rasa VERSUS tu best. Kau amiklah terus.”

“Wei! Ni kan novel kesayangan kau...tak nak aku amik!" Nur menolak.

“Ambik jelaa.Balik Malaysia nanti aku boleh beli lagi. No hal.”

“Azwa…ni soalan paling last…………hehe"

“Apa dia~~~~~~”

“Apesal bila aku tanyakau soalan, kau tak jawab sangat. Tapi kau suruh VERSUS pulak yang jawab.”

“Kau nak tahu sangat? First, sebab watak dalam novel tu dia masuk dalam jiwa aku. Kau bayangkanlaa aku boleh tangkap leleh masa baca Rooftop Rant. VERSUS ni aku bergenang air mata je. Second, sebabnye aku nak spread magic Hlovate kat kau pula. Third, SEBAB AKU NAK BLAJA. Kau ni kan Nur, main acih redah aje masuk bilik orang tak bagi salam.”

“hahaha. Jangan marah kawan... Okey, aku balik rumah aku dulu. Azwa….”

“Hmm..apa lagi,Nur?”

“Dalam novel VERSUS ni quote apa yang paling kau suka? Saje tanya..hehe”

Azwa ambil VERSUS daripada tangan Nur semula dan belek page yang berkenaan.

“Banyak je yang aku suka.Macam…”

“Ni page 327.. ‘Sungguh…untuk berubah itu bukan mudah.Nak cuba meletakkan gerabak hidup di atas landasan al-Quran dan sunah tu memang payah. Tapi perlu yakin Allah tengok usaha,bukan natijah.’
Ada lagi page 301.. ‘ You can’t control your emotion. But you can always control your action.’
Page 228 .. quote daripada Ol’Joe..dia kata ‘ you’ll never reach perfection because there’s always room for improvement. Yet, along the way to perfection you’ll learn to get better.’
Page 103 ni.. ‘ Versus ey? Versus… The hardest battle is when you’re against yourself.’
Ada quote. ‘Doa tu wireless dan coverage dia masuk satu universe’ tapi aku tak jmpa page mana.
Banyak je ni quote yang aku suka.Kertas yang aku lipat hujung bucu tu,semua aku suka.Kau baca je.”

“ Yang paling kau suka?” Nur bertanya lagi.

“Haha.kau ni banyak tanyalaa. Hmm..aku nak tangkap leleh masa baca page 75..Aku terasa dengan part kat page tu sebab aku alami sendiri.Ha..ni dia.. ‘meninggalkan dirinya yang duu bukan mudah. Pahit,payah dan menyeksakan! Bergelak ketawa dan riang gembira perlu dipaksa. Untuk sampai ke tahap ini memang telah banyak dia berkorban. Terlalu banyak. Apabila tiba-tiba ditarik kembali ke dunia yang ditinggalnya dulu…sakit”
Dan kat page 270, ni part yang memang aku paling terasa sebaklaa.Sebab kalau kau betul-betul nak berubah ikut definisi baik kat surah al-Baqarah 208, kau akan rasa..ni ha.. ‘ C’mon,Minn. You’ve made it through from being an Ed’Sassin to a Minn. Why stop from being a better Minn? Tapi payah. Tubuh direbahkan ke katil sebelah gulungan-gulungan poster. Daripada Ed’Sassin kepada Minn tu harganya memang sakit dnegan air mata yang tak dapat nak dikira. Tapi you managed.Bukan 100%. Better to have something than nothing.Easier said than done.Never say die before you try. There’s always room for improvement before you reach perfection. Even ol’Joe dengan Sun pun cakap macam tu. Mampu ke aku? Insya-Allah. He will lead. Allah dah ketuk pintu hati, jangan sampai nanti Dia merajuk tak nak ketuk pintu hati kita lagi.Go,girl.’ Hmm.. 2 pages ni laa yang paling aku tangkap leleh,Nur.” Azwa senyum dengan matanya memandang Nur.”

“Hmm..terkesima aku. Tak boleh nak cakap apa.Memang betul apa yang Hlovate tulis tu."

"Hehe.sebab tu aku suka karya Hlovate.Nasihat-nasihat dia berpijak di bumi yang nyata.Sesuai untuk spesis aku yang kurang baik ni"

"Okeylaa Azwa..aku balik dulu.Novel ni aku amik eh.Nak baca.."

“Ok. Take care yeah! Kau tahu kan aku sayang kau. Jangan takut untuk berubah ye.” Ikhlas hatinya nak mengajak kawan ke jalan sebenar.

“Aku pun sayang kau. Azwa……..~~~~~~~~~~~~~~~”

“Hmm..apasal kau panggil nama aku sampai 8 harakat tu..”

“Nak jatuh rahang aku bila kau boleh cakap “aku” “engkau”..hahahha…” gelak Nur.

“Apesal,kau jakon? Dah,dah. Lepas ni takde “Aku” “engkau”. Aku guna biasanya bila doa dan monolog sendiri je~ Ni kira special kes je dengan kau.Dah,dah..pergi study.”

Done!


Kamus

gam'ah (bahasa Arab 'Ammi Mesir) - Universiti
Embryology - Subjek Medic. Belajar tentang janin dalam perur.
[susah.susah. -__- Memang betul,Allah ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Sungguh kompleks rupanya penciptaan manusia]
Masyi (bahasa Arab 'Ammi Mesir) - ok / baik
Juz'ie -sikit
Curhat -CURahan HATi

9 comments:

JR said...

salam.

this is truly you lah wani. pengaruh HLOVATE smpai gaya tulis pn dah jadi mcm HLOVATE. ni bukan gaya PMR nt~ hee.

Ana waktu baca versus, kebanyakan yang dikongsi, ana dah lalui, dah rasa, dan kind of penah dengar. Cuma aplikasi yang HLOVATE cerita, mmg sangat menyentuh hati remaja yang mcm kita. Alhamdulillah, jadi pembuka pintu hidayah Allah.

teringin nak jumpa nt yang sekarang, pasti gaya percakapan pn dah berubah :) Moga terus kuat, Wani!

p/s: masyi kat DQ utk orang yang lancar AlQuran.
p/s: ana tak ingat nangis ke tak baca VERSUS. hee.
p/s: moga airmata jadi saksi mujahadah kita :)

Sarah ZainalPuteh said...

alhamdulillah.

betul jannah, ana pun teringin sangat nak jumpa wani yang baru :)

betulkan. banyak pahala HLOVATE. ayat dia yang sempoi tu sangat2 menyentuh hati.

bak kata wani, ana pun memang tangkap leleh bila baca rooftop rant tu.

moga Allah redha kita, dan perjuangan kita

Wani said...

jannah:
Ana tulis sikit je. banyaknye quote dr VERSUS. Sebab tu kot nti rasa mcm Hlovate tulis :-)
yup,nti untung sebab TELAH melalui.ana faham perasaan itu.
S-A-K-I-T sangat. kdg2, kita memang rindu sangat zaman jahil dulu2 -_-'' tapi sampai bila nak jahil je kan..Jannah, baca Rooftop Rant pulak! best3 ^_^

p.s: ana tangkap leleh sebab benda2 yang dia tulis ana SEDANG lalui. Sebab tu rasa terkesan,terkena batang hidung.

sarah:

nak jumpa sarah yg baru juga ^_^
moga Allah redha.ameen~

p.s:sbnrnya bnda nak promote novel Hlovate kat pembaca dakwah circle. adeyh. Janganlah kalian semua x dpt mesej yg sbnrnya nak ditujukan.
salah sendiri yg x pandai nak reka cerita best :'(

JR said...

huhu.mmg tau nak promote HLOVATE. sbb tu tajuk die 'bila magic mula nak dispreadkan'. Magic tu novel HLOVATE la kan. hee~

p/s: baca Rooftop Rant pulak? hmm...tgkla mcm mana :)
p/s: gaya yang nt tulis tu maksud ana pada perbualan nur n azwa tu. tu btul2 nt yang reka kan?

Sarah ZainalPuteh said...

jannah, enti WAJIB baca rooftop rant tu.sangat wajib!

betul.hanya yang melalui akan memahami dan merasai. dan ana pernah melaluinya di matrix

cukuplah sekali. tiada ulangan. tiada lagi kejatuhan yg sama insya Allah

Abdullah Munir said...

erm..best ke novel HLOVATE?

apa beza tulisan dia dgn org lain?

Sarah ZainalPuteh said...

akhi, beza tulisan dengan penulis lain memang banyak

H banyak menggunak ayat sempoi, yang sesuai dengan jiwa remaja. dan ayat ayat tu walaupun sempoi, terselit banyak hikmah dan teguran.

penulisan H banyak cenderung kepada keadaan budak yang TERUK kepada ada kesedaran nak berubah, dan akhirnya watak tu BERUBAH. dan bibit perubahan tu yang sangat best H bawakan. dan itulah yang berlaku. bukan hanya tulisan yang formal dan membosankan.

bagi ana, tulisan dia sangat sesuai dengan jiwa remaja, plot masyarakat dia 'masuk' dalam keadaan sebebnar masyarakat, dan memang akan terkesan bila baca.

tulisan dia bukan hanya omongan kosong, tapi sarat dengan ilmu, teguran dll, tapi disampaikan dalam keadaan sangat santai

wallahualam :)

Anonymous said...

"in" the name of Allah..

Anonymous said...

paling istimewa sebenarnya sbb hlovate tu orang berfikrah, macam kita dan nak cuba ajak remaja2 luar sana ada fikrah macam kita juga; dia macam always nak stress " bukan budak sekolah agama je yang spttnya ada fikrah dakwah" dalam novel dia, but in her very very own way~

so interesting.

the most interesting is, nobody knows who is she actually.

Related Posts with Thumbnails