19 September 2010

LaGI tEnTang JaULah CiNta KaMi...

Assalamu'alaikum...

InsyaAllah, di atas permintaan sahabat2 yang dikasihi, inilah dia serba sedikit mengenai Jaulah Cinta kami.

"Allah, rahmati cinta antara kami..."

Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga, meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya. Namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata. Detik waktu yang berlalu menjadi memori kita bersama...(tukar sikit)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Setinggi2 lafaz kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Maha Kuasa kerana dengan izin-Nya, Ziarah Raya Akhawat dapat diadakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Tidak dapat diungkapkan dengan kata2, penghargaan jazakillah kepada semua akhawat yang terlibat sama ada secara langsung mahupun mereka yang mendoakan kelicinan ziarah ini dari jauh. Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 kalian.
Antunna sangat best!!!

Jutaan jazakillah kepada:
Para P.I.C
Para pilot dan tuan kerata
Para tuan kamera
Para tuan rumah
Para penumpang

Tanpa membazir masa, begini jalan pengkisahannya…

P.I.C akhawat (hebahan, confirmkan kedatangan) : Sarah Hamizah
P.I.C guru2 (inform guru): Faizah
P.I.C transport dan cenderahati: Nawal Saudah

9.00 - 9.25 pagi-Sekolah hidayah dan lain2 tempat.

1. Inilah lokasi pertama kami. Lokasi ni adalah tempat pengumpulan para penumpang yang akan mengikuti ziarah kami. Sekolah dipilih kerana ianya untuk mengumpulkan mereka yang berada di sekitarnya manakala lokasi sekitar kempas dan taman universiti, ada pilot yang akan mengambil mereka. Selepas semua pilot mengambil para penumpang masing2, kami pun menetapkan satu tempat yang akan menemukan kami semua. Tempat itu adalah Shell berhampiran Pejabat JIM. Jom,gerak~~

9.50-9.53 pagi-Shell

2. Wah, sampai akhirnya kesemua pilot2 kami. Sedar tak sedar, rupanya ada 5 kereta semuanya. Alhamdulillah..Banyaknya kereta! Perasaan itu mula bercambah. Apa? Gumbira!!!
Setelah pilot2 berbincang, kami mula bergerak ke lokasi ziarah pertama kami. Tidak lain tidak bukan, rumah Ustazah Rashidah Mat Jadi. Hati berbisik, “eh,wani ada!” juga “siapa ada dalam kereta sana?”. Sabar ya. Sekejap lagi kita buat perjumpaan :)

10.05 pagi-Rumah Ustazah Rashidah

3. Kami selamat mendarat di lokasi pertama. Setelah semua pilot parking kereta masing2, hah..mulalah acara salam menyalam dan bertanya khabar di tengah2 jalan (kereta tiada,tempat strategic la tu). Rindunya sahabat2. Rindunya akhawat. Setelah dikira, rupanya bilangan penumpang kami seramai 24++. Subhanallah! Bilangan yang kami kira besar untuk dikumpulkan. Inilah masanya untuk kita ziarah sambil reunion kecil2 an. Maaf ya akhawat yang ada urusan lain. Kami faham. InsyaAllah, lain kali kita buat lagi.


Akhawat yang terlibat: Sarah Hamizah, Noor Shazwani, Nadiah Mokri, Fatin Salehah, Nurul Akmal, Nur Hamizah Amalina, Nurul Hafizah, Ezzah Fatin, Nur Hidayah, Nurul Atikah, Nurul Afifah, Nawal Saudah, Noor Syamila, Faizah, Auni Salma, Mardhiah, Sakeenah, Nur Sakinah, Nur Fadzlin, Fatin Nadiah, ‘Uzma, Nadiah Kamil dan juga Noraini Sakinah Lee beserta Fatimah Hanisah…ramai kan?

Kami disambut dengan gembira oleh ustazah,pak cik Kamrul Bahrin dan juga kak afifah. Borak punya borak, ustazah pun menjemput kami menikmati menu pertama kami.

Hidangan pertama..nasi lemak + ayam + popia + kek + air teh.


Terima kasih ustazah sekeluarga.. Sudi menerima rombongan ziarah raya kami…Juga terima kasih duit rayanya…Susah2 je ;)


10.54 pagi-Rumah Ustazah Norimah

2. Lokasi kedua kami ialah seperti di atas ;)

Seperti biasa, kami menjamu selera berupa soto, mee goreng dan kuih muih~

Tengah berbual2,

Ustazah,jomlah kita bertukar2 cerita...dan tibalah..Bual punya bual,masa mencemburui~

Jam menunjukkan 11.30. Ustazah, kami minta diri dulu ya. Terima kasih atas segalanya. Coklat tu sedap!!!

11.35 pagi-Rumah Wani

3. Oleh kerana dah dekat dengan rumah wani dan wani pun dah jemput, kami pun singgah di rumah wani. Jalan kaki jelah…

Berbual + isi perut lagi…
Roti jala~

Eh,dapat juga..$$$...Terima kasih mak cik!

4. Nak ke mana lagi ni? Meh kita raya rumah
Ustazah Norizah (12.03 tengah hari)

“Assalamu’alaikum…ustazah,kami dah datang ni!”

Tanpa malu2 meow, kami menjamu selera.


Berbual juga dengan ustazah sambil nyum2..Laksa, laksam, puding dan pelam yang sedap…

Ambil gambar kenang2an di pondok ustazah…klik2..

5. Kami teruskan perjalanan dengan meninggalkan area Taman Universiti. Kita pergi rumah Ustazah Zanariah ya..Area kempas.Jom! (1.21 tengah hari)

Janganlah balik lagi. Duduk kejap lagi..Ustazah memujuk :)
Baik ustazah…

Melangkah balik juga. Sempat lagi....

“Kita mesti ada kenangan yang kita dah ziarah raya rumah ustazah”

Ready semua...klik lagi!

juga

Ustazah dah hulur $$$, kami terima dengan senang hati ;)

6. Mana lagi?
Rumah Ezzah!!! (2.32- 3.47 petang)

Kami sembahyang zuhur di rumah Ezzah. Bersyukur kerana setakat ini, 6 buah rumah telah kami kunjungi. Mengeratkan silaturrahim ~

Makan, jangan tak makan. Sedapnya. Aroma nasi tomato menusuk hidung. Sehingga menjilat jari dibuatnya.

Ada coklat juga!
Selamat Hari Raya mak cik!

Nak pergi mana tu? Jangan bergerak...kami ada banyak lagi rumah yang nak dikunjungi..stay tuned!

7. Kami mencari2 rumah seterusnya. Rumah siapa? Teka.
Rumah
Ustazah Hamizah (4.o3 petang)


Perut kami terus2an diisi. Nugget, kentang dan buah tembikai. Kami makan semuanya sambil berbual bersama ustazah. Juga melayani kerenah si hero yang bakal dapat adik. InsyaAllah, kami dokan~
Ustazah yang setia menunngu ketibaan kami...Jazakillah ustazah~

8."Lepas ni nak pergi mana pulak? soal Ustazah Hamizah.
"Kami nak pergi rumah Ustaz Rahim,ustazah!" jawab kami.(4.32 petang)

Perjalanan ke rumah ustaz memakan sedikit masa. Maklumlah di Ulu Tiram. Berbekalkan tawakkal kami pun bersemangat meredah jalan yang berliku-liku haluannya beserta naik turun bukit. Tips berkonvoi juga tidak dilupakan apabila kami sentiasa memastikan kereta2 kami sentiasa 'berhubung'.

"Sarah, ana nampak lori je. Mungkin mereka kat belakang lori"
"OK"

9. Perjalanan kami akhirnya tamat apabila kami selamat mendarat di hadapan rumah Ustaz Rahim. Alhamdulillah,setelah main chak2 di kawasan perumahan ustaz, terlihat kelibat ustaz yang setia berdiri di hadapan rumah menunggu ketibaan kami.

Ustaz terus tersenyum melihat kedatangan kami bersama pesawat masing2.

"Assalamu'alaikum ustaz!!! Ustaz apa kabar? Dah lama tak jumpa ustaz...Ustaz baru pindah ke?" soalan diaju memandangkan kami dapat bau rumah baru ustaz...wangi~
"Ustaz pindah bulan 1"
"ohh"

Kami terus berbual bersama ustaz. Sempat juga,jalan2 explore rumah ustaz yang ada bahagian bawah tanah. Sambil itu, kedengaran suara2 para 'interior desingner' yang membuat penilaian terhadap rumah ustaz. Kami gumbira berada di situ!!!




Kami mula bertolak dari rumah ustaz. (5.47 petang)
Tahu tak apa yang kurang??? Belum solat asar!!!


Surau yang kami temui ialah Surau As-Salam. Namun,bilangan kami dah berkurang seorang kerana Fatimah Hanisah telah kami hantar ke klinik walidainnya(bukan sakit tau).

Juga, dengan berat hati, Nawal menghantar Syamila untuk pulang ke Kota Tinggi...Nak balik dah ke??? Salam dulu!

Rehat sebentar bersama solat asar~~

Kami terus memulakan perjalanan seterusnya pada pukul 6.40 petang. Em, rupanya dah sehari suntuk kami berjalan. Dah bermacam-macam makanan diisi ke dalam perut.Bersyukurnya kami ya Allah!

Bandar Dato Onn kami jejaki pada pukul 7.30 malam. Kita solat dulu!!! Di masjid Taman Bukit Mutiara( dekat je dengan tempat kita selalu Ihtifal,Nusa Mutiara)

10. Sedang kami mahu roger and out, jumpa Ustaz Shahruddin di halaman masjid. Yeah!!!
Kami suka kebetulan ni. Alhamdulillah. Ustaz mengetuai pesawat2 kami. Sabarnya ustaz menunggu kami.Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 ustaz.

"Jemputlah masuk" kata ustaz ramah.(
7.55 malam)


Malam itu kami beraya sambil ditemani oleh 1 mujahid kecil dan 2 mujahidah kecil ustaz. Seorang lagi mujahid tengah ZZZzzz. Dah 4 orang anak ustaz. Sekejap je masa berlalu. Kami bercerita sehingga tidak sedar jarum jam sudah bergerak ke angka 9. Ustaz masih seperti dulu. Ramah dan ceria :)

Tanpa dipinta, ustaz memandu kereta menunjukkan kami lokasi rumah
Ustazah Norhawanis (9.05 malam). Sekali lagi,jazakillah ustaz!!!

11. Rumah ustazah anis tidak jauh sebenarnya dari rumah ustaz. Hanya row belakang rumah ustaz. Hah,kat rumah ustazah ni,lagi riuh dan meriah. Di luar rumah, kanak2 ribena sedang bermain bunga api. Ustazah pula kelihatan sangat gembira menerima kedatangan kami. Cerianya ustazah...Huhu..kami pun tumpang sekaki sambil menikmati rojak buah, yong tau fu, cendol beserta air oren. Syukur,kenyangnya ustazah!


12. Ini dia rumah terakhir. Rumah Ustazah Hanim.(9.35 malam) Kami hanya berjalan kaki memandangkan jarak rumah ustazah anis dan ustazah hanim hanya sejengkal. Perasan tak sesuatu? Rumah guru bahasa melayu semuanya kebetulan dekat.Nama taman pun Taman Bukit Mutiara. Taman Bahasa Melayu..hehe

Alhamdulillah. Ustazah menyambut kami bersama 5 mujahid comel. Kami terpegun seketika kerana berada di rumah yang sangat lawa. Renovation nya memikat! Semua mata memandang ke sekeliling rumah.


"Akhawat je ke? Ikhwah takde?"
"Haah ustazah. Kalau ikhwah ada, tak muat, ustazah!"
"oh ye ke?"

Ustazah menjemput kami masuk ke rumah walaupun kami memang dah masuk dan sudah tawaf di rumah ustazah.(Maaf ya ustazah, kami buat macam rumah sendiri~)



Waktu ini hanya ada 3 pesawat. 2 kereta yang lain terpaksa meninggalkan kami kerana ada urusan lain yang juga penting. Walau sebenarnya mereka nak join, tetapi apakah daya, Allah tidak mengizinkan.

Walau hanya 3 kereta yang ke rumah ustazah, suasana tetap meriah. Jangan risau ustazah, kami akhawat x-gen yang sentiasa ceria!!! Kami menikmati juadah terakhir.Berupa mee sup dan buah oren.Tambah jangan tak tambah...Seketika kami bercerita mengenai keadaan sekolah, pelajar dan juga...rumah ustazah yang baru!

Dan tibalah waktu ini. Waktu kami berpisah bersama guru terakhir dan juga sesama kami. Walau badan terasa sangat penat, perut yang sangat penuh, namun kami tetap memanjatkan kesyukuran kerana jaulah cinta ini berakhir walaupun pada pukul 10.40 malam(maaf ya makcik pakcik,kami bawa anak perempuan makcik pakcik sampai malam.hehe).Juga kerana pelbagai manfaat dan pengalaman dapat diperoleh melaluinya ^__^

Dan hakikatnya, banyak ibrah(pengajaran) daripada Jaulah Cinta ini. Antaranya:

~ Perlunya mereka2 yang merancang program di saat ramai yang cuti. Barulah ramai yang boleh join. Baarakillah para PIC!
~ Apa yang penting? Kerjasama! Itulah salah satu tips berkonvoi. Di situ juga ada ukhuwah yang manis.
~Bertanya apabila tidak tahu. ^_~
~Ukhuwah fillah yang tidak
dapat digambarkan dengan kata2.

dan juga guru2 kita ini meninggalkan pesan:

~ Kita perlu teruskan amalan ziarah guru2. Ternyata mereka SANGAT berbesar hati menerima kunjungan kita. (InsyaAllah,ustaz dan ustazah!)
~ Di rumah guru2, kita saling bertanya mengenai keadaan masing2. Mengenai tempat belajar, usrah, keadaan sekolah, adik2, tarbiyah dan juga bab ni
kahwin(ops! sensitif).Ternyata, jaulah ini sangat terkesan di hati kerana kita bukan sahaja menziarahi tuan rumah, namun berkongsi cerita, bertanya khabar,senyum, ketawa...Subhanallah..indahnya...tarbiyah ini..

Alhamdulillah, inilah yang dapat ana kongsikan. Maaf, sekiranya ada yang terkhilaf.

Moga Allah rahmati jaulah cinta kita ini dan juga ukhuwah yang dibina seterusnya membawa kita bersama hingga ke syurga-Nya. Ameen~

Memori kita bersama. Bertemu berpisah kerana-Nya.

Jaga diri beserta iman ;]

xgen di hati,

by,ukhti cinta :)


7 comments:

Sarah ZainalPuteh said...

ALhamdulillah..
lenagkap dengan saat semuanya..
tapi napa sampai no 9 ja akmal? tertinggal pulak no 10 ngan 11. hehe.

terima kasih kepada semua akhawat.sayang antunna :)

Abdullah Munir said...

ok..x faham komen lg..

mcm bawang~

[munir] biarlah rahsia ye dok?

spanbob said...

Alhamdulillah.

tp nak bgtau, waktu hnta fatimah, ana hnta mila sekali. dia pun balik juga ptg tu (ooo.kemal x perasan eee...)

[x fhm. bawang?]

Sejadah ungu said...

Salam...
-sara: alamak,dah terlalu panjang la tu..sampai dah lupa pasal no...

-nawal: oh, waktu nawal nak hntr tu ana ingat...kat surau kan sis? tapi masa nak tulis tu ana lupalah...hihi..
nanti ana topup.IA..

little daie said...

ni mesti nawal tak baca ttg bawang^_^

ana rasa kalau akmal tulis full cerita lenguh jari nak skrol ke bawah

Muzakkir said...

best²...
x cm byk plak uma g raye...
tknang mase ikh² raye dlu²...hoho
>_<

spanbob said...

kemal: orait2. sedih je waktu hnta fatimah dgn mila. kalau boleh nk semua smp habis.

nadhirah: bace le. bwg yg sedih kt dapur ea? huhu.

muzakkir:kalu ikutkan, byk lg rumah dijemput pegi. tp kena 'stick to the plan' je.

Related Posts with Thumbnails