18 September 2010

cik bawang

in the name of Allah

Sejak kebelakangan ini, kedengaran riuh di ruang dapur. Mana tidaknya, semua sanak saudara datang bertandang memeriahkan suasana di pagi raya. Namun begitu, jauh di suatu sudut ceruk dapur kelihatan sebuah bakul usang yang setia perkhidmatannya.

Opps! Bukan soal bakul yang ingin diceritakan tetapi kisah menarik dari cik bawang di dalamnya. Ya, bawang namanya. Ada yang putih, merah dan besar. Pernah dengar kisah ini? Tidak mengapa, biar kisah ini membongkar sendiri satu per satu lembaran hidup cik Bawang.


Seperti yang diketahui, kehadiran cik Bawang amat dinanti-nanti oleh 'chef-chef' terkemuka di dapur. Kulitnya yang nifis menjadi salah satu dari daya tarikannya apalagi ia amat sensitif untuk dikupas. Perlukan ketelitian dan kesabaran. Akan tetapi, terdapat sebahagian dari makhluk yang bernama manusia suka mengejek dan mengata kehadiran cik Bawang dengan bau busuk yang tidak menyenangkan apabila dimakan. Ada juga yang sibuk mengata cik Bawang suka membuat mata manusia pedih dan berair.

Apakah dosanya hingga dikata sebegitu. Sedangkan mereka bukan tidak tahu bahawa jika cik Bawang tiada, pasti tidak menjadi nasi yang ingin digoreng, tidak sedap kuah soto yang dihirup berkali-kali, tak selera rendang atuk di kampung, tidak menjadi 10 juadah hidangan raya dan tidak akan terbersen si anak dek aroma masakan ibunya.

Baru-baru ini, utusan warkah dari cik Bawang menyinggah ke kotak inbox saya. Katanya:

______________________________________________________________

Wahai saudaraku,
Aku tahu hidup ini tidak selama mana. Mungkin saja ini warkahku yang terakhir. Aku berharap, sampaikanlah pesanku ini buat semua yang mengenaliku. Kadang, kita jarang melihat yang sudah berlalu. Jarang memuhasabah diri. Tapi ingatlah bahawa kita tidak akan menjadi yang kini tanpa yang lalu. Manfaatkan segala apa yang ada seperti mata, telinga, mulut, kaki dan tangan sebaiknya. Itu semua hanyalah pinjaman dan ujian dari yang Esa. Walupun cik Bawang tak ada semua itu, tapi cik Bawang ada mata hati yang sentiasa digunakan untuk bertasbih dan memujiNya. Dia yang Satu. Ini bukanlah untuk memuji diri... sekian sahaja dari Cik Bawang yang semakin lama semakin membusuk.

yang kerdil,
cik bawang
_____________________________________________________________

Itulah warkah terakhir dari cik Bawang, kini dia tiada lagi di ceruk dapur itu... di mana dia?

***

Ada kalanya, kita mudah melihat salah orang lain sedang kita masih bergelumang dengan kesalahan kita sendiri.
Jelas dapat dibaca dalam warkah di atas agar memanfaatkan anugerah yang dikurniakan Allah pada kita. Nampak simple tapi adakah kita benar2 merasai rasa syukur itu?
Adakah kita sedar bahawa ujian Allah datang saat susah dan senang. Kebanyakan dari kita mudah melihat kesusahan sebagai ujian tapi gagal menilai nikmat sebagai ujian.

Mulailah memandang, mendengar, menghidu, melangkah, mengucap bila tiba masanya. Ingat seperkara lagi, kita ini ibarat bawang yang tak lama lagi akan semakin tua, rosak, mengecut dan membusuk.

wallahu a'lam

amaran: cerita di atas hanyalah khayalan penulis sahaja. Ambillah pengajaran dari pengalamannya. afwan

6 comments:

AmirSyafiq said...

ana.br.je.nk.tny.ttg.kaitan.bawang.tuh.

[amirS] pergh.bawang. ikhwh.jgn.salah.bawang.pulak. sensitif.tuh (-_-"

Anonymous said...

amboi mir,kalau bawang tu bleh wat fahim ketawa besar tu.hehe

Zubayrafiq said...

Highlight soto tu. Hehe. Daun bwg pun boleh tahan penting jgk tu.

[zubayr] point yg ada kena mengena dgn bwg: kita kena sedar environment jahilliyah sekeliling kita jgk takkan pernah penat menghakis nilai2 islam dalam diri kita. Memang halus. Even kita tak sedar pun. Mcm kita berhati2 N particular time kupas kulit bwg.

Abdullah Munir said...

oh ok...x fhm semua comment~~~

Muna Majidah Zameran said...

bawang?

semua yg dicipta sekeliling kita ada fungsi masing2 dan x lupa fungsi utamanya adalah untuk mengingatkan kita selaku MANUSIA yg sering lupa..

pandang sekeliling, bukankah segalanya berpengajaran?

OPEN YOUR EYES!!

little daie said...

1&2) biarlah bawang yg dimaksudkn ikhwah itu menjadi rahsia mereka dan keluarga mereka shj.

3) na'am, memang mengena point yg cuba zubayr sampaikn.jzzk

4) tak faham comment tak apa asalkan faham apa yg nak dsampaikan cik bawang

5) ye bawang ukhti mjidah...^_^

nampaknya post ttg bawang ada kontroversinya jg

Related Posts with Thumbnails