25 February 2009

Akhawat minta tolong


Tolong ingatkan saya
Andai saya terlupakan Allah
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan saya
Jangan jadi anak derhaka
Jangan lupakan umi dan ayah
Jangan lukakan perasaan mereka

Tolong ingatkan saya
Supaya ingat pesan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi itulah tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan saya
Baca dan dengarlah alQuran
Tika mp3 menjadi halwa
Tika tv jadi hiburan

Tolong ingatkan saya
Bahawa saya adalah Muslimah
Jika saya mendedahkan aurat
Jika pakaian disingkat atau diketat

Tolong ingatkan saya
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya
Bercinta hanya kepadaNya
Bercinta hanya untuk redhaNya
Moga cinta dihindari syaitan

Tolong ingatkan saya
Bahawa saya adalah Daie
Sentiasa berkerja keranaNya
Untuk Islam yang tercinta

Tolong ingatkan saya
Andai saya lupa hidup ini sebuah kembara
Kerana saya juga seperti anda
Ingin merasa nikmat Syurga!

- amlie-syaheed.blogspot.com -

0 comments:

Related Posts with Thumbnails