13 February 2009

IKHLASkan hati,ILTIZAMkan diri,kerana IMTIYAZ itulah yang dicari..dengan keredhaan ILAHI

Salam kepada semua.

di sini, ana tak ingin mengulas atau membebel panjang.
Ana hanya ingin mengingatkan, di dalam setiap usaha dan tugas kita, kita sering melupakan satu elemen penting dalam kehidupan kita.Tanpa elemen ini, segala amalan kita AKAN ditolak oleh Allah.
Walaupun kita ingin berperang sekalipun, tanpa keIKHLASAN hati dan jika dilakukan bukan lillahitaa'la,apa gunanya??
Segala penat lelah kita hanyalah sia-sia.

Kepada sahabat-sahabat ana yang dikasihi,
ingatlah, apa yang kita lakukan semuanya akan dinilai di akhirat kelak.
Oleh itu, berhati-hatilah dengan segala amalan kita,
kerana rahmat Allah belum tentu kita dapat.
Kesimpulannya,kadang-kadang, aspek kecil dalam kehidupan jangan kita abaikan.Kerana,perkara kecil boleh melarat menjadi besar.
dan ingat seperti kata sahabat ana, kita adalah jemaah.Jemaah yang bakal menggegar dunia.Oleh itu, padamkanlah segala api permusuhan dan kebencian dalam diri kita jika ada.Rendahkan keegoan kita demi kemaslahatan bersama.
Jangan kita biarkan kemanisan ukhuwwah kita terhenti dan dicemari begitu sahaja.Belajarlah untuk memaafkan orang lain.

sekian,
salam ukhuwwah dan dakwah+tarbiyyah,
hamba Allah yang rindukan keampunan-Nya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails