13 February 2009

Mereka Menang! Kita?

Salam alaikum kepada teman2.

Harap perkongsian dibenarkan disini.
Sebab ana nak bercerita sedikit.

Pagi tadi ada masa terluang sikit,
ana bukalah tv. Dah lama tak tengok 'helo Malaysia' di channel Bernama.

kebetulan tajuk yang dibincangkan, tentang Palestine.

Ana sangat tertarik dengan kata2 seorang wakil Hamas ni.
mungkin ada antara pembaca yang tahu tentang ni. tapi apa salahnya dengar lagi.

wakil Hamas tu kata, bahawa sebenarnya penduduk Gazzah sedang bergembira. kerana apa? kerana mereka telah menang! menang melawan israel. kalau tengok balik sejarah dulu, israel pernah serang negara2 arab dan berjaya dalam masa 6 hari. tapi sekarang dengan teknologi yang hebat2, sampai sekarang tak dapat lagi Gazzah yang hanya sejemput tu?shame on you, israelis.

Teman2,
betapa hebatnya semangat saudara kita di sana.
tahukah teman2 bahawa penduduk Gazzah tidak melarikan diri bila israel serang mereka?
mereka enggan berganjak dari bumi mereka. bumi tanah tumpah darah mereka.

teringat kata2 seorang kakak ni, mbak Aina,
katanya penduduk yang terbunuh dalam 1000 lebih, tetapi bayi yang lahir 3000 lebih! betapa Allah menggantikan pejuang2 di sana dengan yang baru.

TAPI teman2,
ana tertanya2.
kenapa jamaah kita, jamaah Xgen yang sering dibangga2kan, sudah makin suram?sudah mula berhabuk?
program yang diadakan mula hambar dari segi keahliannya?

Kenapa ada yang sudah mula futur?
Ada yang mula terkena gombalan berlainan jantina?

Teman2,
ana bukanlah orang yang hebat berbanding teman2.
Ana tahu, ana siapa. Lagi2 sewaktu zaman persekolahan dulu.
tapi ana tak sanggup.
Lihat teman2 ana mula mengeluarkan tanduk masing2.
Mula rasa bebas.
Padahal belum diuji dengan alam Universiti!!

be prepared my fellow friends.
Ingatlah ikrar kita sewaktu di Kota Tinggi dulu...

peringatan ini, untuk teman2 dan untuk diri ana sendiri.
sama2 kita memberi peringatan sesama kita.
jangan terikat lagi pada title2 zaman sekolah dulu.
prs dengan prs. pgws dengan pgws etc..

INGAT, kita adalah SATU.

Xgen bersama, menggegar dunia.

Assalamualaikum!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails