13 February 2009

Nusyroh Qolbu-Edisi 2

Dosa=neraka v/s pahala=syurga


Bismillahirrahmanirrahiim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….


Tangan ini kutadahkan ke langit,

Ingin diri ini menyingkap rahsia alam,

Apakah tujuan ku memijak bumi ini,

Adakah Syurga dan Neraka itu benar…..


Sudah lama ana terfikir untuk mencoret sesuatu buat tatapan antum. Alhamdulillah, ana diberikan ilham, masa dan peluang untuk berbicara dengan antum dari hati...Apa khabar diri dan iman antum? Ana doakan moga sihat walafiat dan iman terus meningkat bagi meraih redha-Nya...(jangan lupa ye untuk tingkatkan amal fardhi)


Sahabat-sahabat serta teman-teman seperjuangan,


Ana ingin mengajukan satu soalan di sini. Antum sedar tak, dunia di sekeliling kita ini semakin jauh daripada Allah dan perbuatan-perbuatan maksiat semakin berleluasa?(statistik Johor paling tinggi). Sebelum tu, apa yang antum faham dengan maksiat? Adakah bila seorang lelaki dan perempuan berdua-duaan, berpegang tangan, dan terlanjur? Adakah itu? Ana pasti antum akan mengatakan TIDAK! Tapi bila ana tanya, ramai yang akan mengatakan sedemikian. Ana tahu, ramai di kalangan kita yang sebenarnya sering melakukan maksiat dalam sedar. Kalau kita ber’sms’ dengan orang tidak dikenali, sekadar kawan, lain jantina, tiada kepentingan, tidak dikategorikan dalam maksiat ke? Kalau ana nak cerita semua perkara yang antum buat dekat sini, memang tak cukup ruang! Ya, ana memang sedang bersedih. Ramai yang hebat bila bercakap tentang firman-firman Allah, malah hafaz kalam Allah. Tapi, masih buat lagi maksiat secara sedar. Lainlah kalau tidak sengaja. Tapi kalau tidak sengaja mestilah dah berhenti terus, betul tak? Mungkin ana perlu sebutkan semua perkara yang generasi ni dah buat. Pecah rekod! Tahun lepas semua baik... nak periksa besarlah katakan. Tapi naik tingkatan empat je, masing-masing mula naik tocang. Nampak muka je baik, tapi hati entah-entah hitam, berulat dan busuk! Berdating, sms lain jantina, chatting lain jantina, (dengan tiada sebab kukuh) terlibat dengan kumpulan seperti black metal dan adik-beradiknya...dan banyak lagi. Ini apa yang zahir. Dalam hati banyak lagi... mata meliar... tersenyum-senyum. Kalaulah ada yang rekod perbuatan antum, lepastu antum tengok balik rakaman tu, malu tak? Kalau antum cakap tak malu, ana tak tahulah nak kata apa... Dengan manusia antum takut. Tapi dengan Allah, antum tak takut? Malaikat raqib dan atid dekat sebelah tak ingat? Agaknya kan, malaikat atid dah penat menulis.. malaikat raqib pulak penat menunggu untuk menulis. ”Bilalah giliran aku nak tulis ni? Budak ni asyik bagi chance dekat malaikat atid je..” <hanya gambaran>


Dosa ialah apa yang meresahkan hatimu dan engkau benci jika orang lain tahu.” (Muslim)


Hati antum ni sebenarnya baik, siap dah bagi’hint’ dah.. tapi sebab antum degil, nak teruskan buat perkara maksiat tu jugak, lama-lama dah tak rasa sebab dah gelap. Tapi kalau orang lain tahu, antum malu pulak. Maknanya memang apa yang antum buat tu satu dosa. Antum yang tak sayang diri.


Antum tahu, kan Allah itu maha pengasih, penyayang dan pemurah. Pintu taubat masih terbuka luas. Allah merindui rintihan kita. Allah sangat menyayangi hamba-hambanya walaupun kita sedang jauh daripada Allah. Contohnya, antum sms dengan lain jantina untuk tujuan yang tak penting. Allah tak terus tarik nikmat yang antum ada. Antum boleh tengok skrin hp lagi tak terus buta, antum boleh bernafas lagi tak terus sesak, antum boleh tulis message lagi tak terus ’cramp’, lepastu antum dapat duit top up lagi! Tak terus miskin.. Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya.. antum yang sengaja cari maut.. Jangan sampai antum menyalahkan Allah bila antum diuji kesusahan. Mungkin itu kafarah dosa.


”Demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Dan sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya.” (Al-Anfal:51)


Tuntasnya, semua perkara ini hanya akan terjadi bila antum kekurangan sesuatu. Antum tahu, kan? Ya betul, IMAN. Sangat mudah untuk memupuk iman. Antum hanya perlu mulakan dengan sesuatu yang mudah. Contohnya, baca bismillah dalam setiap perkara yang antum nak buat. Mudah kan? Lepas itu antum cubalah untuk istiqamah. Kemudian mulakan dengan perkara-perkara lain pula. Kalau antum rasa antum perlukan kekuatan, jumpalah dengan sesiapa sahaja yang antum selesa. Tidak kira sama ada guru, ibu bapa, rakan-rakan, kakak-kakak(bagi banat) atau abang-abang(bagi banin). Kalau antum tidak mulakan dari sekarang, bila lagi? Kita dah kesuntukan masa. Islam akan bangkit dan kita memerlukan ar-rijaal dan an-nisaa’ yang akan memperjuangkan Islam ni. Antum tak nak ke menjadi salah seorang daripada mereka yang berjuang? Antum suka ke bila ana andaikan kata-kata antum sebegini ”Biarlah diaorang je yang masuk syurga.. aku tak layak sebab banyak dosa. Aku bukannya orang berjawatan dekat sekolah. Orang bukannya nampak aku..” Suka ke?


Ana cabar antum sekarang. Jihad kita di Malaysia ini adalah dalam bidang ilmu. Andai kita meninggal ketika menuntut ilmu, kita dianggap mati syahid! Antum nak tak? Mati syahid ni, rasa sakit sikit je saat sakaratulmaut. Lepastu tidak perlu dimandikan (syahid yang zahir spt di medan perang). Malah selepas beratus-ratus tahun meninggal, mayat masih tidak reput dan ada yang darah mengalir bila terluka. Seronok, kan? Ini adalah perkara yang benar-benar terjadi, kebiasaannya di Mekkah. Apa yang tersiratnya, Allah menjaga orang-orang yang mati syahid ni kerana mereka mati di jalan Allah. Subahanallah... marilah kita sama-sama berusaha ke arahnya. Bantulah rakan-rakan yang lemah dalam satu-satu matapelajaran. Belajar bersungguh-sungguh, ikhlaskan hati, bersihkan jiwa. Mohonlah pada Allah untuk dipermudahkan. Hanya Allah yang memegang hati kita. Hanya Allah yang mampu menyelesaikan masalah kita. Hanya Allah yang mendengar rintihan kita. Hanya Allah yang mengetahui segala-segalanya..


”Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak mampu untuk menembusi hati orang yang bermaksiat” (Iqbal, penyair)


Ikhwah Akhawat yang dikasihi kerana Allah,


Akhir kata, luruskan niat, mantapkan barisan, teruskan perjuangan. Jihad tidak mengenal erti REHAT. Kita takkan berehat selagi kaki kanan tidak melangkah ke syurga.


Salam sayang, jihad dan syahid,

Ana_Uhibbullah.. (”,)


*coretan ini dihantar oleh seorang sahabat yang inginkan pengislahan diri serta kita bersama. Ini bukanlah sebuah ’amarah’ tetapi ’curhat’(curahan hati) yang perlu kita renungi bersama.Jika tulisan tersebut membuat kita terasa, itulah tujuannya. Jika tulisan tersebut tidak memberi kesan kepada kita, buatlah tazkiyatun nafs (penyucian jiwa) kerana ada yang tidak kena dengan hati kita. Lihatlah pada isi yang tersirat di dalamnya. Peringatan buat mereka yang terlupa dan terlalai serta mereka yang teguh dengan keimanannya. Nasihat buat kita semua. Tujahan nurani untuk mereka yang berusaha meraih redhaNya. Sesungguhnya agama itu nasihat (hadis). Marilah bersama kita saling nasihat-menasihati. Marilah kita beralih dari medan cakap ke medan amal kerana Islam tidak tertegak dengan kata-kata. Seorang juru dakwah pernah berkata ’Jika kita dapat memegang hati kita, kita mampu memegang dunia’. Kami percaya bahawa seruan ini tidak mampu diikuti oleh kita semua, tetapi kami percaya bahawa andai seorang muslim sejati lahir dalam kalangan kita, tunggulah saat dunia bergegar kerananya. Persoalannya ialah, siapa yang akan menjadi muslim tersebut?


0 comments:

Related Posts with Thumbnails