14 February 2009
Nilai Iman
Bismillahirrahmanirrahim..
selawat dan salam diucapkan kepada nabi junjungan. Mari kita merendah diri serendah2nya dihadapanNya, mari rafa'kan setinggi kesyukuran atas nikmatnya yang masih lagi diberikan.
Alhamdulillah, kita juga masih lagi dipertemukan dalam ruang ini dalam rangka untuk kita saling pesan memesan serta lengkap melengkapi di dalam suasana hati yang tawadhu' kepada allah dan kepada kebenarannya deenNya.
Sebelum tu, ana ingin mengucapkan syukran jazilan kepada semua akhawat xgen yang telah sudi untuk menghadirkan diri mereka ke sekolah dalam rangka untuk kita cas kembali iman dan amal kita. Berjumpa, mata bertentangan, senyum terukir spontan salam terucap. Berpelukan dan melepaskan rindu. Mendengar sedikit peringatan, khabaran syurga dan neraka. Terkenang segala dosa akibat futur. Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan tidak ketemu. Kapan lagi kita bisa bertemu dalam kuantiti yang ramai macam tu lagi ya?
Insya Allah, semalam, kita telah cas balik iman kita. Rasa bersemangat semula untuk melakukan amal. Rasa bersemangat untuk mengelak berbuat mungkar. Sebab itulah wahai akhawat dan ikhwah sekalian, cuti yang sedang kita alami sekarang boleh dikatakan salah satu ujian daripada Allah . Ana percaya sangat sedikit dalam kalangan kita yang berjaya di dalam ujian yang seumpama ini. ana katakan begitu sebab terkadang ana juga terasa kandas.
Oleh itu, cuti yang diberi oleh Allah ini sepatutnya diisi dengan tarbiyah iman dan Islam yang berterusan. Oleh itu, jangan terkejut jika ada segelintir sahabat2 kita yang mengajak kita pergi usrah.
" Aik, kan dah habeh sekolah, takkan nak kena pegi usrah lagi kut? "
Mungkin ada sebilangan yang bermonolog begitu, betul tak? Tapi percayalah, jika sehari hati kita tidak diingatkan untuk mengingati Allah sahaja kita sudah pandai membuat maksiat baik soghir atau kabir, inikan pula 2 bulan tidak mendapat peringatan. Apa yang berlaku terhadap ruhi dan jasadi kita agaknya ya?
Oleh itu, tarbiyah iman ini perlu di isi dengan mujahadah dan pengorbanan untuk meningkatkan kefahaman, keyakinan dan syaksiyah dalam mebentuk peribadi muslim. Sesungguhnya kefahan, keyakinan dan syakhsiyah itu bukanlah datang dengan percuma begitu sahaja melainkan dengan adanya mujahadah yang bersungguh-sungguh.
Kekuatan hubungan kita dengan Allah memerlukan kepada tarbiyah dan jihad yang berterusan. Semestinya tarbiyah dan jihad yang berterusan itu terlaksana di mana sahaja kita berada, meskipun tika seorangan, atau di tengah-tangah masyarakat jahiliyah. Tarbiyah dan jihad yang seumpama inilah yanng yang insya Allah akan menjamin kekuatan hubungan kita dengan Allah walaupun kita berjauhan dengan bi'ah solehah dan bi'ah qiyadah sepersti di Hidayah dulu. Yang menyedihkan ana lagi, baru dua bulan berjauhan dengan dua suasana ini, ramai diantara kita telah mula lalai dari kerja-kerja ini .
Ikhwah dah Akhawat yang dikasihi,
Kerja-kerja kita yang paling penting pada saat dan ketika ini ialah memelihara keimanan kita kepada Allah dan keislaman kita di dalam semua tindakan kita. Kita perlu menjadi orang yang tidak jemu-jemu mendidik hati dan diri kita agar sentiasa selaras dengan Iman dan Islam. Sesungguhnya kita sendiri pun tahu bahawa mush-musuh allah dah hawa nafsu itu tidak pernah jemu menyerang aqidah dan iman kita. Jadinya, kenapa kita perlu putus asa untuk melawan mereka..betul tak?
Teringat ana sedikit mafhum dari firman ALlah yang bermaksud,
"sesungguhnya orang2 yang mengatakan 'Rabb kami adalah Allah' kemudian mereka tetap istiqomah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka tidak pula berdukacita. mereka itu penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan."
Sahabat2 yang dirahmati Allah, dasar tarbiyah kita ialah menghubungkan hati dengan Allah sebagai Rabb dan Ilah dalam bentuk yang dikehendaki allah. Dasar ini perlu bertapak kukuh di hati kita kerana kita memerlukannya pada setiap masa dan keadaan. Lagi2 bila kita masuk U. Kita sedia maklum keadaan di sana bukan?
Assyahid syed qutb ada berkata
" iman itu dasar kehidupan yang agung." jadi, marilah kita mendidik hati kita agar merasa takut jika iman dan dasar ini dicabut dari hati2 kita.
Kata Assyahid lagi,
" manusia tanpa iman ialah manusia yang kerdil dan kecil.
manusia tanpa iman ialah manusia yang rendah dan dangkal cita2nya
manusia tanpa iman ialah manusia yang sempit dan perit kehidupannya
manusia tanpa iman ialah manusia yang pendek dan dekat matlamatnya"
Manakala katanya lagi,
"manusia dengan iman ialah manusia yang hebat dan besar
manusia dengan iman ialah manusia yang tinggi dan jauh cita2nya
manusia dengan iman ialah manusia yang luas dan aman kehidupannya
manusia dengan iman ialah manusia yang panjang dan jauh matlamatnya."
Oleh itu sahabat2 yang disayangi kerana Allah, apakan nilai iman kita sekarang?
Kerdil atau hebat?
Sempit atau luas?
Perit atau aman?
Pendek atau panjang?
Kita sendiri yang mengetahui jawapannya.
Salam peringatan untuk ana dan antum,
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2009
(125)
-
▼
February
(22)
- GAMBAR² AKHAWAT XGEN
- Akhawat minta tolong
- Hadiah Buat Antum..
- Malulah Kau dengan Nuh
- Program '6 Hari Di Gaza'
- Al Wala’ wal Bara’
- Tahniah kepada Ketua dan Timbalannya
- Penguat Tekad
- Michael Heart - We Will Not Go Down
- Yusuf Islam-Song 4 Gaza
- Merah Saga
- Nilai Iman
- IKHLASkan hati,ILTIZAMkan diri,kerana IMTIYAZ itul...
- Nusyroh Qolbu-Edisi 2
- Mereka Menang! Kita?
- ..Demi Palestin Tercinta..
- Tell Me Why : Children Of Gaza
- Dah Doa?
- SEUNTAI MADAH
- MENYINGKAP TABIR BADAR
- SEJARAH dan KITA
- Bukan Untuk Si Manja..
-
▼
February
(22)
0 comments:
Post a Comment