17 February 2009

Tahniah kepada Ketua dan Timbalannya

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada akhuna Abdullah Munir Aizaini (walaupun rasanya dah SANGAT terlambat)

Kenapa ye saya ucapkan tahniah? Sebab saya baru tahu.

Tahu apa ye?

Em..tadi saya saja2 je buka laman web MUSLEH ( www.musleh.edu.my). Saya buka pun lepas saya bersembang dengan rakan baik saya, Solehah Mazlan dari SMI Islah. Lalu saya terjumpa berita perihal TOKOH PELAJAR MUSLEH. Seperti yang saya katakan, mungkin saya baru tahu (ketinggalan zaman maksudnya) atau mungkin semua orang tak tahu.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada beliau. Moga terus Istiqomah dijalanNya. Tapi perlu diingat, jadikan anugerah ini sebagai suatu anjakan paradigma kepada enta dan xgenian sekaliannya.

Kejayaannya beliau, kejayaan xgen juga. betul tak? Tahniah juga saya ucapkan kepada Faizah (em,,kalu akhi kita panggil akhuna. kalu ukhti?..maaf arab saya ni sedih sikit). Walaupun tidak mendapat gelaran tokoh musleh, tapi sudah tercalon. betul tak? takpa2. Mungkin jadi tokoh SMIH 08?(sure punyalah!)

Ok, malas nak cerita panjang, teruskan membaca berita di bawah ya!

Tokoh Pelajar MUSLEH 2008
ImageAlhamdulillah, pada Majlis Konvensyen Tahunan MUSLEH 2008 pada 14 Disember yang lalu, buat julung-julung kalinya, MUSLEH telah mengisytiharkan nama dua orang pelajar sebagai Tokoh Pelajar MUSLEH bagi tahun 2008.
6 orang pelajar telah dicalonkan.Mereka adalah Solehah Mazlan (SMI Al-Islah Sg. Petani), Ahmad Luqman Abd Fattah (SMI AL-Amin Bangi), Ahmad Munir Basir (SMI Hira’ Jeram), Nur Amalina Rosli SMI Hira’ Jeram, Abdullah Munir Mohd Azaini (SMI Hidayah Johor.Bahru) dan Faizah Abdullah Suhaimi (SMI Hidayah J.Bahru). Dua orangyang telah dipilih adalah Solehah Mazlan (SMI Al-Islah Sg. Petani) dan Abdullah Munir Mohd Azaini (SMI Hidayah Johor.Bahru). Berikut adalah biodata kedua-dua Tokoh tersebut.
Baniin – Abdullah Munir bin Mohd Aizain
Beliau lahir pada 17 Januari 1991 (1 Rejab 1412) iaitu hari pertama perang teluk. Tempat kelahir:an Johor Medical Centre, Johor Bahru, Johor.Beliau anak ke-3 daripada 7 orang adik beradik. Ibu beliau Siti Salwa binti Abdul Samad adalah seorang pendidik di SRI Hidayah, Johor Bahru, Johor. Ayah beliau adalah seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Beliau mengikuti pendidikan formal di Birchfield Community School, Birmingham, United Kingdom (1995-1999) ketika berumur 4 hingga 7 tahun; SRI Hidayah (SRIH), Johor Bahru (1999-2003) – darjah 2 hingga darjah 6 dan pernah mendapat Anugerah Pelajar Contoh SRIH 2003. Beliau sambung pengajianya di SMI Hidayah (SMIH), Johor Bahru, Johor (2004-2008). Hobi beliau ialah berfikir dan menulis. Cita beliau ialah menjadi seorang Penganalisa Ekonomi (bakal Gabenor Bank Negara atau Menteri Kewangan).Motto hidup beliau ialah kerja besar untuk perubahan besar. Sikap dan Kecenderungannya sebagai seorang yang berobjektif dalam melakukan sesuatu kerja; rajin dan gemar membaca; suka membantu sesiapa sahaja; taat suruhan Allah swt; taat ibubap; sentiasa mengutamakan ibubapa dan orang tua; seorang yang tegas; berpendirian teguh; berfikiran jauh dan berwawasan (berfikiran out of the box); disenangi kawan dan adik-beradik; berani memberi pendapat dan pandangan; kebolehan pengucapan umum (public speaking); kemahiran berkomunikasi (good PR) – kepada semua peringkat umur; suka bersukan (ping-pong, memanah, bowling dll) dan bersosial sambil berdakwah terutama kepada rakan-rakan sebaya di SMIH dan non-SMIH.

Banaat – Solehah Mazlan
Beliau dilahirkan pada 21 February 1991 di Hospital Sg Petani, Sg Petani, Kedah. Anak ke-4 daripada 8 orang adik beradik. Ibunya Romlah binti Che Harun bekerja sebagai seorang guru. Manakala bapanya Mazlan bin Md Desa adalah pekerja kilang. Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Islah Tmn Ria Jaya, Sg Petani (1997); Sekolah Rendah Al-Islah, Sg Petani (1998 - 2003 )[drjh 1-drjh 6]; Sekolah Menengah Al-Islah, Sg Petani (2004 - 2008)[ting.1-ting.5]. Hobinya membaca, surf internet dan merenung alam. Cita-cita beliau ialah menjadi seorang doktor. Moto hidupnya 'belajar dari pengalaman', 'never give up'. Beliau mempunyai sikap tegas dan dan tekun. Sukan yang paling beliau minati ialah bola jaring.

2 comments:

Unknown said...

huye.tahniahtahniahtahniah.jaga orang hebat korang ni baikbaik.kiki.terus kasi semangat kat dia untuk jadi terbestbesterbestest in the world.(ceh,semangat.)+bawa korang samasama jadi terbaik gak.ngee.dakan terbaik untuk semua.ameen.

AmirSyafiq said...

askm, mcm biase, tahiniah. ni mesti tokoh plaja pn munir rangkul skali nnt time ihtifal. apape pn, moga bertambah keimanan. kpd yg x dpt apape anugerah (mcm ana), nih nk share sket. tanda ikhlas ialah, bile dipuji atau bile dikeji, amalannya tetap sama, x berubah dan x berkurang...

Related Posts with Thumbnails